Dakwa Bekas Suami Berkhalwat, Serina Redzuawan Mahu Berjuang Dapatkan Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Hiburan

Dakwa Bekas Suami Berkhalwat, Serina Redzuawan Mahu Berjuang Dapatkan Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Meskipun dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengenai rumah tangganya sehingga beliau sah bercerai, anak kepada chef selebriti Chef Wan iaitu Serina Redzuawan tidak pernah membuka aib bekas suaminya ataupun bercerita mengenai punca mereka berpisah.

Advertisement

Namun, kesabaran setiap wanita itu ada hadnya apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak tercinta. Menerusi perkongsian Serina di akaun Instagram, beliau nyata tidak dapat menahan lagi rasa kecewa dan sabarnya apabila bekas suami Gavin Edward O’Luanaigh sering menafikan haknya untuk bertemu dengan anak-anak.

Bukan itu sahaja, Serina juga mendakwa Gavin ditangkap berkhalwat di dalam rumah dan risau akidah anak-anaknya akan terpesong kerana mereka berada di rumah yang sama ketika kejadian itu berlaku. Kini, Serina sudah nekad untuk berjuang mendapatkan hak penjagaan anak-anak sepenuhnya.

Chef Wan menerusi akaun Instagram juga turut membuat beberapa pendedahan tentang sikap sebenar menantunya itu. Beliau juga kesal Gavin tidak menjaga cucu perempuannya, Isabella Saffiya dengan baik sehingga matanya lebam.

Serina dan Chef Wan akan menyerahkan kes ini kepada mahkamah dan akan berjuang habis-habisan untuk menuntut keadilan daripada Gavin yang dikatakan sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak pernah percaya dengan agama Islam.

Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef dan Isabella Safiyya. Mereka sah bercerai talak satu pada 1 Ogos 2017.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...