January 28th, 2020

Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dia tak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Noor Nabila. Sebagai seorang suami dan bapa, Sharnaaz sudah cuba yang terbaik untuk mempertahankan perkahwinannya.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah. Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama.

Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila. Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut.

sharnaaz ahmad noor nabila

Sharnaaz mendedahkan, kemelut rumah tangga mereka bukanlah berpunca daripada  kesalahan besar tetapi keadaan menjadi tegang apabila satu masalah serta kesalahan diungkit berkali-kali.

Saya hormat apa yang berlaku hari ini tapi bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.

sharnaaz ahmad cerai

Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil.

Terdahulu, Nabila dalam satu kenyataan berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Ibarat digantung tidak bertali, Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan sebolehnya mahu proses perceraian mereka selesai dengan cepat.

Sumber Berita : Astro Gempak


7 responses to “Dah Usaha Selamatkan Perkahwinan, Tapi Kesalahan Lama Diungkit Berkali-Kali – Sharnaaz Ahmad”

  1. yummy says:

    engko ni mcm tak tau pulak…org pompuan ni bila gaduh memang selalu ungkit..

  2. Tuah says:

    Smg Allah panjangkan jodoh kalian..amin..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...