Dah Sampai Masa Untuk Berkahwin,-“Doakan Saya Bertemu Jodoh Dan Jadi Isteri Yang Baik,”- Neelofa

Hiburan

Dah Sampai Masa Untuk Berkahwin,-“Doakan Saya Bertemu Jodoh Dan Jadi Isteri Yang Baik,”- Neelofa

Jika sebelum ini aktres dan juga usahawan, Neelofa sering saja digosipkan dengan ramai rakan artis yang katanya bercinta dan bakal berkahwin, namun pemilik jenama Neelofar ini berkata dia tidak akan sesekali berkongsi perkara yang belum ada kepastian dan tidak benar.

Namun begitu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 31, ini berkata dia pasti akan berkongsi mengenai berita gembira itu kepada umum jika sudah mempunyai perancangan ke arah itu.

Advertisement

Pelakon dan pengacara ini juga berharap orang ramai serta media di luar sana supaya berhenti berkongsi perkara yang tidak benar mengenai soal pasangan dan jodoh dan turut memohon doa orang ramai supaya dia ditemukan jodoh serta pasangan yang baik-baik kelak.

“Soal kahwin ni, bagi saya terlalu banyak sangat versi dan pernah juga dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ni. Saya tak akan berkongsi atau berikan kata putus selagi perkara itu (kahwin) belum terjadi. Tapi sudah pasti saya akan beritahu rakan media kalau perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk berkongsikan ia dengan semua orang. Apa yang saya minta sekarang ialah doa yang baik. Doakan agar saya menjadi anak, bertemu jodoh dan isteri yang baik. Itu yang saya minta. Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini,”

Dia yang ditemui baru-baru ini ketika sidang media pelancaran program temu bualnya yang terbaru, Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Keeping it matte #LancômeMY

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

 Neelofa yang sebelum ini digosipkan dengan Pencetus Ummah (PU) Riz kerana mereka berdua dilihat semakin rapat dan mesra kerana sering menganjurkan program bersama.Namun begitu, Neelofa tampil menafikan mengenai dakwaan mereka kini sedang bercinta dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Mengakui umurnya kini sedang meningkat lanjut, dia tidak menyangkal bahawa sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga. Bagi dirinya, soalan bilakah akan berkahwin itu relevan untuk ditanyakan dan dia turut memberi jangkaan akan mendirikan rumah tangga dalam masa tiga atau empat tahun lagi.

View this post on Instagram

Structured to perfection, styled by @colinsim

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Kalau nak diikutkan pada usia sekarang memang logik untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanyakan hal itu. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi. Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan. Bagaimanapun ia mnegikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” – Neelofa

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...