Dah la Datang Lambat, Lepas Itu Sibuk Bergambar – Sharifah Sakinah ‘Sound’ Tetamu Jemputan KLFW

Hiburan

Dah la Datang Lambat, Lepas Itu Sibuk Bergambar – Sharifah Sakinah ‘Sound’ Tetamu Jemputan KLFW

Setiap tahun Kuala Lumpur Fashion Week akan diadakan untuk menampilkan busana unik rekaan terkini daripada pereka fesyen tempatan yang terkenal.

Pastinya acara besar begini menjadi tumpuan ramai dan dihadiri oleh selebriti, ‘fashionista’, VIP serta ‘social media influencer’ yang memeriahkan lagi majlis.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pelakon Sharifah Sakinah merasa bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap tetamu yang tidak menepati waktu dan seakan tidak menghormati atur cara seperti yang ditetapkan oleh penganjur.  Apa yang membuatkan beliau lebih terkilan ialah mereka yang datang lambat ini hanya bersikap bersahaja dan boleh pula membuang waktu berborak serta bergambar.

Luahan Sakinah ini memang padu, siapa yang terasa itu janganlah marah ya. Dari segi kita tepati waktu juga boleh melambangkan sifat dan disiplin seseorang itu. Cubalah hormati sesebuah majlis itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...