Rasanya semua sedia tahu yang pengacara Zulin Aziz dah berjaya mencapai berat badan idaman setelah berhempas pulas menguruskan badan. Kini, dikatakan berat badan Zulin sudah mencapai tahap ideal iaitu 57 kilogram.
Maka dengan itu, Zulin baru-baru ini telah berkongsi sebuah video di laman instagram yang memaparkan dia sedang meraikan kejayaan itu untuk tatapan peminatnya.
“Yeay dah 57kg! Terima kasih banyak-banyak @dmagiadietmealz_hq dan team!”
Dalam video berdurasi 12 saat itu, Zulin dilihat sedang menari-nari sambil memakai seluar denim. Namun video tersebut telah dipadam sebelum dia memuat naik video baru yang lebih sopan.
Ini berikutan penampilan Zulin yang memakai pakaian agak ketat, mungkin kerana niatnya ingin menunjukkan bentuk badannya yang ramping.
View this post on Instagram
Menerusi laman komen, ramai netizen meminta Zulin untuk menjaga adab penampilan kerana dia merupakan seorang wanita bertudung dan tidaklah manis untuk dia memakai pakaian yang ketat dan singkat.
Mengimbas kembali, Zulin sebelum ini telah mengamalkan diet berasaskan telur dan dia akhirnya berjaya mendapatkan berat badan ideal berbanding berat badan asalnya iaitu 85 kilogram.

ooo
June 24, 2020 at 1:27 pm
nampak geleber je..badan mcm tak fit..pendapat je la
arash
June 24, 2020 at 11:56 am
usaha berjaya
me
June 24, 2020 at 11:43 am
kurus tetap muka makcik2
mia
June 24, 2020 at 10:22 am
dia sndiri diet mkn teloq..klu ad yg beli minuman kurus dia jual tu berharap kurus mcm dia..lupakan je la…smua ni penipu..
Anonymous
June 24, 2020 at 9:57 am
dah kurus makin gedik. menyampah tengok. aritu suko tengok sebab sopan skrg mcm rempit pon ada pakai seluar ketat gitu
Hamba Allah
June 24, 2020 at 4:36 pm
Betul3