Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Gaya Hidup

Dah ‘Excited’ Nak Bercuti? Ini Senarai 5 Hotel Dikatakan Berhantu Di Malaysia

Jika sebut saja mengenai pengalaman bercuti di pusat peranginan terkenal pasti ada saja cerita mengenai hotel-hotel atau tempat penginapan yang ‘berhantu’.

Advertisement

Malah anda sendiri mungkin mempunyai pengalaman berhadapan dengan kisah mistik apabila tinggal di mana-mana hotel. Menurut kepercayaan, hotel adalah tempat tumpuan makhluk-makhluk halus berikutan banyak bilik kosong selain ianya lama ditinggalkan. Tambah-tambah PKP pula kan sebelum ini, jadi ada ‘penghuni’ lain yang tumpang. Uuuuu…

HantuSumber : Google  

Sekadar bacaan ringan dan bukanlah ingin menjatuhkan imej hotel-hotel yang disenaraikan, kami kongsikan sedikit kisah dan cerita lagenda mengenai hotel yang dikatakan berhantu dan seram di Malaysia.

  • First World Hotel, Genting Highlands

Biasanya apabila sebut saja Genting Highlands, hotel Amber Court dikatakan seram dan berhantu. Namun hotel First World yang mempunyai kapasiti 7,351 bilik hotel ini pun apa kurangnya.

First world hotelSumber : Google  

Berikutan lokasinya dekat dengan kasino, jadi hotel ini menjadi lokasi untuk mereka yang kalah judi membunuh diri. Ada yang mendakwa telah melihat kelibat manusia terjun daripada bilik, terjun dari tebing dan kemudian hilang di udara.

Advertisement

Menurut cerita lama, keseluruhan tingkat 21 hotel ini sememangnya keras dan berpenunggu serta difahamkan juga tiada siapa pernah sampai ke tingkat 21 kerana lif tidak mahu berhenti di aras tersebut.

  • Tambun Inn, Ipoh

Jika anda google, hotel ini merupakan antara senarai ‘top 10′ tempat berhantu di Malaysia.

Tambun InnSumber : Google  

Berlokasi hanya 5 kilometer daripada lapangan terbang dan turut berdekatan dengan kawasan jirat cina, antara kisah seram yang dikongsikan adalah ada entiti seram yang bermain dengan lampu selain mendengar bisikan-bisikan halus terutama ketika tidur.

Menurut penduduk tempatan, tingkat 3 hotel ini sering diganggu dengan makhluk berwarna hijau yang sentiasa mencari mangsa untuk diganggu.

  • Corus Paradise, Port Dickson

Terletak di Jalan Pantai, Port Dickson, hotel ini menjadi tumpuan kerana pemandangan yang indah dan menawan.

Corus ParadiseSumber : Google  

Meskipun terlihat meriah dengan gambar-gambar yang cantik, namun salah satu bangunannya adalah kosong dan tidak berpenghuni.

Menurut tetamu, mereka sering terhidu bau-bauan yang kurang menyenangkan selain menjumpai tanda air pada dinding bangunan seolah-olah resort ini pernah dilanda banjir.

  • Eastern & Oriental Hotel, Pulau Pinang

Mempunyai seni bina kolonial yang menarik, hotel bertaraf 5 bintang ini sering menjadi tarikan kerana reka bentuk serta layanan yang terbaik.

Advertisement
E&O hotelSumber : Google  

Namun, hotel yang berasal daripada bangunan bersejarah pastinya mempunyai ‘kisahnya’ yang tersendiri, tak kiralah tragis atau tidak.

Ada pengunjung pernah terlihat kelibat orang-orang Inggeris berpakaian kolonial berjalan serta mempunyai sejarah di mana orang-orang kaya dahulu meninggal di dalam bilik dan sebagainya.

  • Hotel Mandarin Pacific, Kuala Lumpur

Terletak di Jalan Sultan di tengah bandar Kuala Lumpur, hotel ini memang terkenal dengan kisah seramnya yang tersendiri.

Pernah terjadi kes di mana seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia dalam salah sebuah bilik di hotel tersebut dan ketika mayatnya dijumpai ia sudah pun membusuk dan sejak itu bermulalah pelbagai kisah misteri di hotel tersebut.

Hotel MandarinSumber : Google  

Selain pintu bilik diketuk pada waktu malam, tetamu hotel juga khabarnya pernah mendengar bunyi lantunan guli pada lantai.

Ada juga yang menceritakan bahawa hotel ini sebenarnya tidak mempunyai tingkat basement namun ada juga tetamu yang turun dari lif kemudian ‘dibawa’ ke lantai basement.

Anda mempunyai pengalaman yang menyeramkan ketika menginap di hotel? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Google
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 14, 2021 at 4:02 pm

    corus paradise ok ja sy g sana…xde jd pelik2.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top