Written by Bella | July 2nd, 2019

Meskipun sering menerima kritikan dan kecaman, pelakon Kilafairy tetap tidak kisah untuk tampil dengan imej seksi. Sekurang-kurangnya dia tidak hipokrit, menjadi diri sendiri.

Baru-baru ini, foto Kilafairy memakai baju dengan motif kulit ular cukup hangat diperkatakan sehingga nama ibunya penyanyi Rohana Jalil turut terpalit.

Jelas Rohana, dia sudah berkali-kali menasihati anak perempuannya itu dan menegur cara pemakaiannya. Namun, Kilfairy tetap tidak ambil peduli. Terus terang, Rohana sudah tidak larat mengulas isu pemakaian anaknya itu.

Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar.

Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap. Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini.

Rohana juga enggan ambil pusing dengan kecaman yang dilemparkan netizen terhadap anaknya.  Menurutnya, dia juga pernah muda dan baginya ia tindakan biasa anak muda.

Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah.

Terdahulu, Kilafairy juga tidak mahu memberi komen berlebihan berhubung isunya menggayakan pakaian bercorak kulit ular sawa ketika menghadiri sebuah acara di New York baru-baru ini. Padanya, tidak menjadi kesalahan untuk memakai pakaian yang dia rasakan selesa.

Sumber Berita : Harian Metro

17 responses to Dah Banyak Kali Tegur Tapi Tak Nak Dengar – Rohana Jalil Respon Kilafairy Dikecam Pakai Baju Ular

  1. ymovies says:

    For the reason that the admin of this site
    is working, no doubt very shortly it will be renowned, due
    to its feature contents.

  2. RatuPecut says:

    Hmm..cakap.mak x mau dengar…kang dah kawin..mendapat laaa….nak tu paling dekat…tupun takmau dengar…apa yg boleh diharapkan utk dengar ckp.suami….hari ni bolehlaaa tunjuk2 aset tu..tua nanti..baru duk fikir “menyesalnya pakai mcm tu….”

  3. pisau says:

    secara jujur & ikhlasnya, sy nk gtau, dia mmg x lawa.. hrp seksi je..sb tu dia tyg body….jgn terlalu taksub, nnt Allah tarik balik semua tu….pd sy, x perlu la kot nk tyg body semata2 nk cover muka yg x bape lawa tu.. dgn cara berpakaian camni, org leh menilai dah siap awak yg sbnrnya…. huhuhu

  4. peratije says:

    nampak sgt dia ni anak yg degil.
    mak nasihat tak dengar n tak perduli..
    sok berlaki pun tah2 sama perangai..hek!

Leave a Reply to pisau Cancel reply