“Dah Bagi Signal Awal Dah” – Siap Ketuk Pintu Sebab Marah Kena Hon Dengan Kereta, ‘Konvoi’ Penunggang Basikal Dikecam

Kehidupan

“Dah Bagi Signal Awal Dah” – Siap Ketuk Pintu Sebab Marah Kena Hon Dengan Kereta, ‘Konvoi’ Penunggang Basikal Dikecam

Masih belum reda dengan kemalangan maut yang terjadi di Pulau Pinang melibatkan perlumbaan haram baru-baru ini, muncul pula satu lagi video viral memaparkan sekumpulan penunggang basikal memarahi pemandu kereta.

Melalui video yang dimuat naik di laman Twitter itu, sekumpulan penunggang basikal itu secara beramai-ramai melalui kawasan yang sesak dengan kereta dan ia sememangnya membahayakan diri.

Advertisement

Tetapi momen yang telah menarik perhatian ramai apabila terdapat beberapa individu yang menaiki basikal itu memarahi pemandu kereta pula.

Jika dilihat dalam video itu, kawasan yang dilalui oleh mereka sememangnya sesak dengan kereta-kereta yang melalui kawasan tersebut. Biarpun sedar kawasan terbabit mempunyai banyak kereta, penunggang basikal itu mengangkat tangan seakan-akan memarahi pemandu kereta yang merakam kejadian itu menggunakan dashcam.

Bukan itu saja, difahamkan juga ada seorang penunggang basikal mengetuk pintu kereta berkenaan biarpun sudah memberi signal lebih awal.

komen facebook

Lokasi serta waktu kejadian itu berlaku masih belum dapat dikenalpasti, tetapi video terbabit sememangnya mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan merasakan sekumpulan penunggang basikal sememangnya akan menyusahkan pengguna jalan raya seandainya berlaku kemalangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dah Boleh Jalan Dan Makan" - Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Overdose’ Dadah Kini Pulih Sepenuhnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...