Dah Baca Komen Baik Dan Benci, Semoga Allah SWT Rahmati Anda Semua – Aliff Aziz

Hiburan

Dah Baca Komen Baik Dan Benci, Semoga Allah SWT Rahmati Anda Semua – Aliff Aziz

Baru-baru ini,  penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi dihimpit kontroversi apabila seorang wanita mendedahkan perangainya tidak pernah berubah seperti yang dikatakan dan masih lagi ‘buaya darat’. Ligat menabur ayat manis menggoda gadis-gadis di luar sana.

aliff aziz

Advertisement

Seperti yang dijangka, dia dikecam teruk dan rata-rata netizen mengatakan Aliff tidak akan berubah. Sekali curang, pasti akan curang lagi selepas ini.

Namun, menerusi muat naik terbaru di Instagramnya, Aliff sedikit pun tidak melenting dengan kontroversi terbaru mengaitkannya itu. Masih boleh tersenyum membaca komen-komen kecaman yang dilemparkan kepadanya serta mendoakan Allah SWT merahmati semua orang yang bercakap mengenai dirinya.

aliff aziz buaya darat

Terdahulu, bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah berkata, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...