“Dah 2022, Bukan Zaman Perang” – Tular Video Pelajar Guna Rakit Pergi Sekolah, Netizen Persoal ‘Kerja’ Pihak Atasan

Kehidupan

“Dah 2022, Bukan Zaman Perang” – Tular Video Pelajar Guna Rakit Pergi Sekolah, Netizen Persoal ‘Kerja’ Pihak Atasan

Biarpun sekarang ini kita sedang hidup di zaman moden iaitu kemudahan semua sudah siap tersedia, namun masih ada kawasan-kawasan pendalaman yang mengalami kepayahan dalam lalui liku-liku kehidupan seharian.

Jika hendak dikatakan tentang infrastruktur kawasan pendalaman, sama sekali jauh berbeza dari bandar dan ia seolah-olah tidak dihiraukan oleh pihak atasan.

Advertisement

Seperti satu video viral semalam di Twitter, apabila ia memaparkan beberapa pelajar sekolah menaiki rakit untuk ke sekolah.

Rakit tersebut digunakan untuk menyeberang sungai akibat jambatan gantung yang sering menjadi jalan utama mereka untuk ke sekolah terputus.

Hal yang lebih memeritkan, tiada sebarang tindakan di ambil oleh pihak atasan biarpun sudah masuk bulan kedua laluan utama itu rosak.

Difahamkan dari sumber lain, kerajaan Sabah ada menjanjikan untuk memberi bot kepada kawasan penduduk, namun sehingga kini tiada apa yang diberikan.

Melihat daripada reaksi netizen, kebanyakkan mempertikaikan ‘kerja’ pihak atasan yang sangat lambat mengambil tindakan biarpun sudah teruk seperti ini.

budak sekolah lalu jambatan gantung
2 years ago

"Mereka Pertaruhkan Nyawa.." - Netizen Bengang Pelajar Terpaksa Lalu Jambatan Gantung Walaupun Dah 2022

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...