Curi Masuk Sunway Lagoon Demi ‘Content’, YouTuber Diburu Polis

Berita

Curi Masuk Sunway Lagoon Demi ‘Content’, YouTuber Diburu Polis

Pihak polis sedang memburu tiga lelaki tempatan disyaki mencuri masuk ke dalam kawasan pusat rekreasi Sunway Lagoon dan memuat naik rakaman video perbuatan mereka di halaman Youtube.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu hanya disedari seorang pekerja taman tema tersebut selepas menemui klip video berkenaan pada Jumaat selepas dimuat naik.

Advertisement

Menerusi video tersebut, YouTuber berkenaan telah menceritakan bagaimana dua daripada mereka berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan taman tema tersebut secara percuma.

sunway

Mereka menceroboh masuk dengan cara melompat dari dinding pintu surfbeach terus ke dalam kolam taman tema.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka telah memperdaya pekerja taman tema dengan mengatakan tertinggal telefon bimbit di dalam taman tema lalu dibenarkan masuk dan terus tidak dapat dikesan.

polis

Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian 03-56210343.

2 years ago

“Pekak Ke Apa Kau Ni?" - Netizen Bengang Lelaki ‘Kurang Adab’ Maki Staf McD

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...