“Cukuplah Tempat Bersih Dan Selesa..” – Wad Hospital Kerajaan Dipenuhi Tikus Undang Kritikan Netizen

Kehidupan

“Cukuplah Tempat Bersih Dan Selesa..” – Wad Hospital Kerajaan Dipenuhi Tikus Undang Kritikan Netizen

Semalam tular di media sosial Twitter apabila seorang wanita berkongsikan mengenai keadaan di sebuah hospital kerajaan yang tidak dipastikan lokasinya dipenuhi tikus liar di wad.

Video TikTok yang dimuatnaik semula ke Twitter itu difahamkan terjadi kepada kakak wanita itu di mana anaknya telah ditahan di hospital tersebut kerana COVID-19.

Advertisement

Namun, apa yang menyedihkan apabila terdapat tikus-tikus berkeliaran di dalam wad sehingga menimbulkan ketakutan kepada pesakit sehinggakan ada yang menjerit-jerit kerana traum.

Pesakit sampai menjerit-jerit sebab takut tikus siap panjat-panjat lagi. Report dekat nurse untuk bagitau management mengenai hal itu tapi tiada tindakan juga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihatkan keadaan itu dan berharap pihak pengurusan hospital berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani masalah tersebut.

Tikus di hospital kerajaanSumber : Twitter 

Hospital kerajaan tak perlu pun siap ada aircond dan mewah. Cukuplah tempat yang bersih dan selesa. Yang penting kebersihan nombor satu.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa masyarakat sepatutnya bersyukur kerana masih ada tempat untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dan tidak perlu ‘mengada-ngada’ serta berharap akan layanan kelas pertama kerana hospital kerajaan menawarkan perubatan percuma denga harga yang rendah.

“Nama pun hospital kerajaan. Apa yang kau bajet nak macam hospital swasta ke? Bayar pun murah berbaloi lah. Janji budak tu sihat sudah.” komen seorang warga maya.

Sushi
2 years ago

"Ramai Muslim Makan Sini.." - Menu Sushi Mengandungi 1% Alkohol, Status Restoran Jepun Ini Undang Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...