Cukuplah Kecam Mama, Dia Dah Tua Takut Jatuh Sakit – Liana Rosli

Hiburan

Cukuplah Kecam Mama, Dia Dah Tua Takut Jatuh Sakit – Liana Rosli

Susulan kontroversi panas penari bogel di majlis perkahwinan Ahya Rosli baru-baru ini, netizen telah melancarkan kempen untuk memboikot keluarga Normah Damanhuri termasuklah anak-anaknya, Ahya dan Liana Rosli (Kak KM). Ramai yang geram kerana keluarga tersebut seakan tidak menghormati agama Islam.

Advertisement

Menerima pelbagai kecaman sejak minggu lalu, akhirnya Kak KM tampil meminta maaf dengan harapan netizen tidak lagi memanjangkan isu tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga memohon agar orang ramai tidak memboikot produk jamunya.

Gara-gara tarian penari separuh bogel itu, ada yang nak lancarkan boikot terhadap produk jamu saya, tapi macam tak ada apa-apa pun. Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja kerana kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya besarkan anak-anak.Jangan boikot-boikot. Kita sama-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan.

Dalam pada itu, Kak KM akui ibunya, masih lagi bersedih dan terkesan dengan kontroversi itu. Harapnya netizen boleh berhenti mengecam ibunya yang sudah tua.

Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tidak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral macam ni dia terkejut. Saya tidak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi.

Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tidak sangka viral sampai macam itu.

Apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran juga buat orang lain diluar sana. Selalu hormat agama kita dan jangan melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah. Majlis perkahwinan biarlah bermula dengan sesuatu yang baik dan lebih berkat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...