Sebelum ini, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan pertemuan dengan usahawan Nur Sajat berkenaan jantinanya. Ini setelah Sir Azri atau Papagomo membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengenai Sajat yang didakwanya seorang lelaki tetapi dibiarkan mengaku dirinya wanita sehingga mengelirukan umum.
Harian Metro bagaimanapun, melaporkan Sajat merasa malu apabila isu jantinanya diperdebat dan dipersoalkan:
Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan narna saya. Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu aklbat isu yang melanda ini.
Kalau anda berada di tempat saya pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebatkan dan menjadi isu besar. Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan.
Sajat juga berkata dia hanya ingin menyara anak-anak dan membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan.
Saya masih ada keluarga dan anak-anak yang perlu ditanggung. Saya di sini mahu membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan.
Mengapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa. Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar.
Sebelum itu, Sajat telah menulis di Facebook mempersoalkan mengapa isi jantinanya menjadi perhatian sedangkan terdapat isu lain yang lebih penting seperti isu ekonomi.
Jakim sebelum ini memberitahu proses mengesahkan identiti Sajat itu juga dipersetujui untuk dilaksanakan oleh usahawan itu. – beautifulnara.com