Pelakon Johan As’ari dikecam teruk gara-gara “tweet” berbaur sindiran terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tindakan beliau memuat naik kata-kata yang agak “pedas” itu mengundang kemarahan netizen. Ramai yang menganggap Johan sengaja ingin mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku ataupun sendu.
Ada juga yang sudah hilang rasa hormat terhadap aktor tersebut yang sebelum ini dijadikan sebagai contoh kerana imej alimnya dan rajin membaca Al –Quran .
Bagaimanapun, Johan menafikan dakwaan beliau tidak menghormati Tun M. Beliau hanya merasa kasihan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Johan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan status Twitternya itu.