‘COVID Starter Pack’, Wanita Ini Kongsi Senarai Ubat Wajib Ada Di Rumah Jika Hadapi Simptom Teruk

COVID-19

‘COVID Starter Pack’, Wanita Ini Kongsi Senarai Ubat Wajib Ada Di Rumah Jika Hadapi Simptom Teruk

Peningkatan kes positif COVID dari hari ke hari sememangnya menjadi kebimbangan masyarakat dan sehubungan itu, anda semua dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP dan mungkin juga boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan ubat-ubatan sebagai persediaan menghadapi gejala COVID-19 ini jika dijangkiti kemudian hari.

Baru-baru ini, perkongsian daripada seorang wanita bernama Syaza Rahizad ini telah mencuri tumpuan netizen di mana tips-tips yang diberikannya sangat berguna dan boleh menjadi panduan buat anda di luar sana.

Advertisement

Syaza telah menyenaraikan beberapa ubat yang digunakan semasa dijangkiti wabak tersebut baru-baru ini di mana menurutnya boleh sedikit sebanyak melegakan tekak, batuk, selsema dan simptom-simptom yang lain.

Antara ubat yang disenaraikan Syaza adalah, Bena Expectorant (ubat batuk), Nasal Spray, Difflam (sakit tekak dan tekak gatal), Dysolvon tablet (untuk sesak dada), Panadol, Cool Fever, Aloclair Plus (untuk ulser mulut atau pencuci mulut) dan pelbagai lagi.

Dalam sebuah hantaran yang lain, Syaza juga ada menyenaraikan simptom-simptom yang dialaminya ketika dijangkiti COVID-19 namun berkata setiap orang tidak mengalami situasi yang sama, bergantung kepada tahap imunisasi badan.

TwitterSumber : Twitter  

Selain itu, dia juga menyarankan mereka yang terjangkit dengan wabak tersebut agar minum banyak air masak, jauhi makanan berasid dan sentiasa memantau paras oksigen.

Diharap perkongsian tersebut dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana. Apa-apapun dapatkan nasihat doktor atau rujuk ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membeli sebarang ubat-ubatan ya!

mysejahtera
2 years ago

'Update' Terbaru, Aplikasi MySejahtera Kini Minta Gambar Keputusan Ujian Kendiri COVID19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...