“COVID Bukan Benda Lawak..” Liyana Jasmay Kecam Tindakan Netizen ‘Eksperimen’ Masuk Restoran

Hiburan

“COVID Bukan Benda Lawak..” Liyana Jasmay Kecam Tindakan Netizen ‘Eksperimen’ Masuk Restoran

Pelakon Liyana Jasmay menerusi Instagram miliknya tampil menyelar tindakan netizen yang kononnya menjalani eksperimen sosial dengan makan di restoran meskipun tidak menerima vaksin.

Berjaya Turunkan 4Kg Dalam Tempoh 23 Hari, Liyana Jasmay Akui Tiada Jalan Singkat Untuk Kurus
4 years ago

Berjaya Turunkan 4Kg Dalam Tempoh 23 Hari, Liyana Jasmay Akui Tiada Jalan Singkat Untuk Kurus

Advertisement

Ujar Liyana, perkara seperti itu tidak boleh dibuat main kerana dapat membahayakan kesihatan dan keselamatan orang lain.

View this post on Instagram

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

Tulis individu tidak bertanggungjawab tersebut, dia dibenarkan masuk dan pemilik premis juga tidak melakukan sebarang pemeriksaan sama ada sudah lengkap dua dos vaksin atau sebaliknya.

Ini adalah contoh orang yang tak bertanggungjawab dan rasa COVID ini lawak. Kepada yang anti-vaksin, itu pilihan anda tapi jangan nak buat eksperimen macam ini dan rasa awak itu hebat. COVID bukan satu benda kelakar.

Tambahnya lagi, dia dan suami pernah dijangkiti COVID-19 tiga minggu lalu dan tidak pernah sesekali terfikir untuk berkongsi dengan orang lain mengenai apa yang mereka telah lalui.

Instagram Liyana JasmaySumber : Instagram Liyana Jasmay  

Dia dalam pada itu turut menyeru orang ramai untuk sama-sama bertanggungjawab dan tidak melakukan sesuatu berlandaskan hawa nafsu semata-mata.

Perkembangan lain, individu tersebut dilaporkan telah ditahan polis disebabkan oleh status yang dimuat naik olehnya itu di Facebook.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...