Comel Sungguh! Maryam Dan Ryzal Dedah Wajah Anak, Bibir Ikut Mommy

Hiburan

Comel Sungguh! Maryam Dan Ryzal Dedah Wajah Anak, Bibir Ikut Mommy

Setelah lebih lima hari selamat melahirkan cahaya mata sulung, selebriti media sosial Maryam You Narae dan suami, Ryzal Ibrahim akhirnya tampil mendedahkan wajah anak perempuan mereka kepada peminat.

Rina nama diberi, wajah si kecil itu dilihat serupa benar dengan ibunya terutamanya di bahagian bibir.

Advertisement

Maryam You Narae Ryzal Ibrahim
2 years ago

(TAHNIAH) Maryam You Narae Dan Rizal Selamat Timang Anak Sulung, Beri Nama Anak Rina

Perkara tersebut turut dikongsikan Maryam menerusi sebuah hantaran di media sosial yang turut memuat naik foto Rina untuk tatapan peminat di luar sana.

“Bibir ikut mommy..” tulis Maryam ringkas.

Manakala dalam hantaran berasingan, Ryzal ada memuat naik foto gelagatnya yang kini bergelar bapa buat kali pertama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kecomelan Rina yang sihat walafiat di samping mendoakan kesihatan ibu dan anak terus baik dan dirahmati Allah S.W.T.

Sekadar info, Ryzal dan Maryam mula dikenali setelah mereka mula berkongsi aktiviti harian di saluran Youtube Durian Kimchi.

Maryam yang berasal dari Korea Selatan telah pun mendirikan rumah tangga bersama Ryzal yang merupakan rakyat Malaysia pada 15 Ogos 2019.

Mereka yang sebelum ini menetap di Seoul akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada September 2020 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...