(VIDEO) Cipta Sejarah, Pakar Bedah AS Berjaya Pindah Jantung Babi Kepada Badan Manusia

Kehidupan

(VIDEO) Cipta Sejarah, Pakar Bedah AS Berjaya Pindah Jantung Babi Kepada Badan Manusia

Pasukan perubatan di Unversiti Perubatan Maryland dilaporkan telah mencipta sejarah apabila mereka telah berjaya merawat seorang lelaki yang menghidapi penyakit jantung dengan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia, lapor New York Times.

Jantung haiwan tersebut dilaporkan telah diubah suai secara genetik sebelum dipindahkan kepada badan pesakit yang berasal dari Amerika Syarikat itu.

Advertisement
Reuters pig heart transplantSumber : REUTERS  

Maklum pasukan doktor itu lagi, pesakit kini berada dalam keadaan stabil setelah tiga hari pembedahan tersebut dijalankan.

Ianya menjadi sejarah kerana pemindahan jantung babi tersebut adalah pertama kali pernah dilakukan dan merupakan kejayaan yang memungkinkan pembedahan pemindahan organ dengan kaedah terbaru.

Sekiranya ia terbukti berkesan, para saintis berharap organ babi dapat mengurangkan isu kekurangan derma bagi bekalan orang manusia bagi tujuan perubatan.

Dr Bartley Griffith yang merupakan salah seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan itu berkata;

Ketika ini kita tidak mempunyai bekalan organ yang mencukupi terutamanya jantung manusia untuk diberikan kepada pesakit yang amat memerlukan.

Pig heart transplantSumber : New York Times  

 

Kami sedang memantau rapi pembedahan ini, namun kami juga optimis pembedahan seumpanya yang pertama kali dilakukan ini akan membuahkan pilihan baru buat pesakit di masa akan datang.

Difahamkan pesakit bernama David Bennter,57, terpaksa akur dengan keputusan pembedahan tersebut memandangkan ia adalah pilihan terakhir buat dirinya.

“Ia sama ada saya mati atau melakukan pemindahan jantung ini. Saya mahu meneruskan kehidupan. Saya tahu ia merupakan peluang yang agak tipis, tapi ini adalah pilihan terakhir buat saya.” ujarnya.

Sekadar info, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Ustaz Azhar Idrus haiwan peliharaan
2 years ago

“Boleh Buang Kucing Jiran Yang Suka Berak Merata Kalau….” - Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...