Cinta Tak Kesampaian, Nonny Nadirah Batal Majlis Perkahwinan Dengan Niezam Zaidi

Hiburan

Cinta Tak Kesampaian, Nonny Nadirah Batal Majlis Perkahwinan Dengan Niezam Zaidi

Beberapa bulan lalu, kecoh di media sosial apabila kisah percintaan antara pelakon Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi mula meraih perhatian netizen.

Advertisement

Malah hubungan yang terjalin juga khabarnya amat serius sehingga kedua-dua mereka berhasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Bagaimanapun, hajat tersebut bagai tidak kesampaian apabila Nonny sendiri tampil mengesahkan hubungannya dengan Niezam  sudah berakhir.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Nonny dilihat mendedahkan beliau dan pelakon kacak itu sudah bersepakat membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.”

Selain menzahirkan ucapan maaf kepada media kerana tidak dapat mengulas lanjut berikuta perkara tersebut, Nonny yang juga seorang janda itu turut menyeru orang ramai agar mendoakan kebahagiaan buatnya serta bekas kekasih hati supaya kedua-dua belah pihak dipertemukan jodoh yang baik kelak.

“Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya. Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,”

Terdahulu, bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 itu khabarnya akui langsung tidak menolak andai dipertemukan jodoh dengan Niezam kerana sebelum ini mereka dilihat sudah selesai menjalani kursus kahwin bersama-sama.

Sekadar informasi, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka bernama Mustain Adnan, selain diduga dengan pelbagai cabaran dalam alam perkahwinan yang hanya bertahan sekitar setahun sahaja, pasangan itu juga tidak dikurniakan zuriat dan memutuskan untuk bercerai pada tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...