Cinta Janna Nick Dan Sufian Suhaimi Sudah Mula Berputik?

Hiburan

Cinta Janna Nick Dan Sufian Suhaimi Sudah Mula Berputik?

Ketika isu putus tunang Sufian Suhaimi sudah mula reda, timbul pula gosip hangat mengatakan cinta antara Sufian dan aktres jelita Janna Nick sudah mula berputik. Betul ke ni?

Advertisement

Semuanya gara-gara komen romantis kedua-dua selebriti tersebut di akaun Instagram Sheila Rusly ketika penerbit itu mengusik Sufian dengan kapsyen “Bunga bukan sekuntum.Terkejut @sufiansuhaimi_ bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis” Yang mana satu ek?”.

Mengakui ada peminat yang mahu mereka benar-benar bercinta, Janna bagaimanapun memberitahu ayat “sweet” itu hanyalah sekadar gurauan.

Sebenarnya saya dah kenal Sufian sejak dua tahun lalu dan ayat romantik itu hanyalah gurauan, bukan betul-betul pun. Memandangkan nama Sufian sedang hangat diperkatakan mengenai isu peribadi (putus tunang), jadi orang mula kaitkan dengan komen saya itu. Saya hanya menulis tajuk lagu terbarunya berjudul Di Matamu, lagu tu pun sekarang tengah trending. Jadi jangan salah faham, kami gurau-gurau sahaja.

Buat peminat tegar Janna, pasti mereka faham dan mengetahui beliau seorang yang suka bergurau dan menyakat rakan-rakan artis dan teman rapat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...