‘Cik B, Anak Mama Yang Hebat’ – DSV Mohon Maaf Jadi Punca ABC Tersingkir Di MLS2

Hiburan

‘Cik B, Anak Mama Yang Hebat’ – DSV Mohon Maaf Jadi Punca ABC Tersingkir Di MLS2

Di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), kumpulan ABC yang dianggotai Chiwan, Achok dan Cik B telah menjemput ahli perniagaan terkenal, Dato’ Seri Vida sebagai tetamu jemputan. Namun, gandingan tersebut dikatakan kurang menjadi menyebabkan kumpulan ini gagal ke pentas akhir.

Terbaru, Dato’ Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV memohon maaf kepada anaknya, Cik B dan kumpulan ABC kerana gagal membantu kumpulan itu mara ke peringkat seterusnya. Kata DSV lagi, dia berasa bersalah dan kesal kerana penyingkiran berlaku seolah-olah berpunca daripada dirinya.

Advertisement

Kepada Cik B, anak mama yang hebat. Cik B jangan down. InsyaAllah ada rezeki lebih lagi untuk Cik B, semua ini ada hikmah. Menjadikan titik kegagalan Cik B dan kumpulan Cik B sebab Mama. Tapi iringan doa Mama sentiasa ada bersama Cik B. Mama minta maaf Cik B.

Cik B dan kumpulan dah buat yang terbaik tetapi dijadikan takdir sebab Mama kumpulan Cik B tak boleh masuk ke final.

Jelasnya lagi, dia bersetuju untuk menjadi tetamu jemputan bukan untuk meraih glamor atau populariti. DSV sendiri tidak menyangka niatnya untuk membantu sedikit tersasar walaupun sudah membuat latihan.

Sebagai seorang ibu, DSV sentiasa menyokong minat Cik B dan terkilan kumpulan itu tidak melangkah ke final Muzikal Lawak Superstar 2 disebabkannya.

Kata ahli perniagaan ini lagi, ini merupakan pengalaman terburuk sepanjang dia berada dalam bidang penyiaran. Walau bagaimanapun dia menerima dengan redha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Di ruangan komen, penonton beranggapan kemunculan DSV telah menenggelamkan mutu sketsa ABC. Kata mereka lagi, ABC yang merupakan salah satu kumpulan harapan telah membuat satu kesilapan besar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...