Chef Wan Tidak Benci Datuk Seri Vida, Teguran Di Media Sosial Hanya Sekadar Nasihat

Hiburan

Chef Wan Tidak Benci Datuk Seri Vida, Teguran Di Media Sosial Hanya Sekadar Nasihat

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail ataupun mesra dengan panggilan, Chef Wan menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang beliau membenci  Datuk Seri Vida,  meskipun sering memuat naik status “menghentam”  jutawan kosmetik tersebut di akaun Instagramnya.

Advertisement

Jujurnya, sama seperti orang lain, saya juga terhibur dengan telatahnya apabila dia muncul di kaca televisyen. Walaupun dikecam dan dikeji, Dr. Vida buat tak tahu, pekakkan telinga.?Karakternya berjaya menarik perhatian sesiapa. Ada yang suka, tetapi ada juga yang sebaliknya. Itu lumrah kerana tidak semua yang kita buat akan disukai ramai.

Setiap kritikan Chef Wan bukanlah untuk menjatuhkan air muka Vida tetapi lebih kepada nasihat agar wanita itu tidak terlalu mempamerkan kemewahannya di media sosial  kerana ia mampu mengundang perkara yang tidak diingini.

Tindakan Dr. Vida yang suka memaparkan kemewahannya di media sosial bukan sahaja boleh disalah tafsir, bahkan akan mengundang padah dan berbahaya sehingga mampu mengancam nyawa. Sebab itu saya menegurnya agar jangan berbuat sedemikian. Bersederhana lebih baik. Saling menasihati itu tandanya sayang, bukan benci.

Sebagai selebriti yang sudah mempunyai pelbagai pengalaman, nasihat Chef Wan itu ada betulnya. Lebih baik untuk bersederhana dalam apa perkara sekali pun agar tidak mengundang fitnah ataupun cakap-cakap yang kurang elok.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...