Chef Wan Menyampah Ellie Suriaty Sering ‘Meroyan’ Tentang Politik

Hiburan

Chef Wan Menyampah Ellie Suriaty Sering ‘Meroyan’ Tentang Politik

Sejak isu beliau dengan lantangnya bersuara dan menyokong pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah, pelakon Ellie Suriaty nampaknya semakin berani dan kerap berbicara soal politik.

Advertisement

Tindakan Ellie itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi Datuk Chef Wan yang menganggap tindakan pelakon itu sangat tidak wajar apatah lagi Ellie masih lagi tidak puas hati dengan kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 yang lalu.

Menurut Chef Wan, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat berhak untuk memilih kerajaan baru yang dirasakan layak untuk memerintah. Lebih banyak seseorang itu membuka mulutnya sebenarnya lagi nampak bodoh. Ellie tidak perlu terlalu berdrama ataupun ‘meroyan’ kerana ia hanya mengundang rasa menyampah orang ramai.

Terdahulu, Ellie berkata beliau berhak dan bebas untuk menyokong Najib Razak serta menyuarakan pandangannya  mengenai isu politik dan sedikit pun tidak kisah dengan segala kritikan negatif netizen terhadap dirinya. Ellie juga menafikan beliau diupah untuk untuk bermati-matian menyokong bekas PM itu dan menjelaskan apa yang beliau lakukan adalah untuk menegakkan keadilan tanpa mengharap sebarang balasan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...