Serina Redzuawan, 35, anak kepada chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan, mendirikan rumahtangga dengan Gavin O’Luanaigh, atau nama Islamnya Salehuddin Ghafar, 41, seorang warga Britain pada 1 Disember 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Tristan Tareef, 7, dan Safiyya, 6. Pasangan ini bercerai talak satu pada 1 Ogos 2017 dan melalui persetujuan bersama, anak-anak mereka tinggal dengan Gavin. Namun begitu, melalui akaun Instagram Chef Wan mendedahkan sikap sebenar Gavin yang berkhalwat dengan wanita lain sewaktu anak-anaknya ada di rumah dan hanya membenarkan Serina berjumpa anak-anak pada hujung minggu dalam tempoh yang singkat.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Chef Wan menulis:
Serina juga bersetuju dengan tindakan bapanya dan akan mendapatkan hak jagaan anak-anaknya di mahkamah.
Ramai pengikut bersetuju dengan keputusan Chef Wan dan Serina untuk berjuang mendapatkan hak jagaan Tristan dan Safiyya di mahkamah demi menyelamatkan akidah dan menjaga kebajikan anak-anak itu. Kita harapkan semuanya berjalan lancar buat mereka berdua. – beautifulnara.com