Chef Fikree Didakwa Curang, Kantoi Memadu Asmara Dengan Isteri Orang?

Hiburan

Chef Fikree Didakwa Curang, Kantoi Memadu Asmara Dengan Isteri Orang?

Kes curang nampaknya semakin menjad sejak akhir-akhir ini, terbaru chef selebriti dan hos program TV, Fikree Aznan didakwa bermain kayu tiga bersama seorang wanita berstatus isteri orang.

Advertisement

Pendedahan itu dibuat oleh isterinya sendiri, Sharifah Zuriehan yang sedih dengan kecurangan suaminya itu.

Fikree dan skandalnya itu  ‘kantoi’ tinggal serumah dan memadu asmara di bulan Ramadhan yang mulia.

Menurut Zuriehan, dia telah memanggil pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkap suaminya dan wanita itu tetapi tindakannya gagal kerana wanita itu licik dan berjaya keluar dari rumah melalui pintu belakang.

Zuriehan juga berkata, ini bukan kali pertama Fikree berlaku curang, sebelum ini chef itu pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.

Walaupun pendedahan ini sudah menjadi bualan hangat, Fikree ketika dihubungi pihak media bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu ini kerana ingin menjaga aib mereka suami isteri.  Namun, dia meluahkan rasa teriklan dengan tindakan isterinya itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...