Baru-baru ini status rumah tangga Rozita Che Wan dan Zain Saidin menjadi tanda-tanya apabila ada dakwaan mengatakan beliau telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah tetapi ditarik semula.
Turut terkejut dengan khabar angin tersebut, Che Ta bagaimanapun menafikan perkahwinannya itu sedang bermasalah.
Saya dengan Zain okey. Tidaklah bahagia 100 peratus. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Cuma, soal dikatakan naik mahkamah syariah ia tak betul. Saya memang terkejut. Maklumat ini tak betul. Sama ada mereka salah mahkamah atau tersilap artis. Memang saya akan naik mahkamah, tapi bukan mahkamah syariah sebaliknya mahkamah tinggi membabitkan kes perniagaan.
Terdahulu, sebuah portal mendedahkan rumah tangga seorang pelakon wanita cantik sedang bergolak sehingga sudah mengupah peguam untuk menguruskan hal perceraian. Namun, pasangan itu yang dikatakan sering bercuti ke luar negara sudah dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi disebabkan faktor anak.
Malah, sifat penyayang suami terhadap anak-anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu mendapat pujian peminat. Gambaran yang diberikan membuatkan ramai yang mengandaikan pasangan terbabit adalah Che Ta dan Zain.