Che Ta Dedah Bawa Chef Peribadi Ketika Bercuti Ke Luar Negara

Hiburan

Che Ta Dedah Bawa Chef Peribadi Ketika Bercuti Ke Luar Negara

Pernah memberitahu beliau mempunyai jurugambar rasmi setiap kali pergi bercuti, kali ini pelakon Rozita Che Wan mendedahkan beliau turut mempunyai seorang tukang masak peribadi. Wah, memang eksklusif betul ye.

Advertisement

Ingin menikmati masakan Melayu yang enak selain mahukan makanan yang halal di negara orang, ia adalah salah satu tujuan Che Ta membawa chef peribadinya itu ketika bercuti.

Saya tekak Melayu. Jadi, memang kena makan nasi setiap hari. Apabila bawa cef ia memudahkan saya dan keluarga menikmati makanan yang diinginkan. Selalunya di luar negara nak cari nasi susah apatah lagi makanan Melayu.

Apabila bawa chef tak bermakna saya bawa sekali bahan untuk memasak. Sebaliknya, chef saya akan ke pasaraya berdekatan untuk mencari bahan keperluan memasak.

Setakat ini hidangan disediakan menepati cita rasa saya dan keluarga. Lagi pun, dia senang bekerjasama. Dalam masa sama dia sudah arif dengan cita rasa dan makanan kegemaran saya.

Kata Che Ta, beliau sudah menggunakan perkhidmatan chef berkenaan selama empa tahun lamanya. Bukan ingin menunjuk, beliau percaya apa yang dilakukan itu juga membuka pintu rezeki untuk orang lain.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...