Che Ta Dan Keluarga Kumpul Wang Untuk Derma Ke Tabung Harapan Malaysia

Hiburan

Che Ta Dan Keluarga Kumpul Wang Untuk Derma Ke Tabung Harapan Malaysia

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma daripada rakyat bagi mengukuhkan lagi kewangan kerajaan dan sedikit sebanyak membantu kerajaan untuk menangani hutang negara yang telah mencecah RM1 trilion.

Advertisement

Demi masa depan negara tercinta, Che Ta dan ahli keluarganya sepakat untuk mengumpul wang untuk memberikan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Sumbangan yang dibuat saya dan keluarga adalah tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani hutang negara. Ia bukanlah paksaan tetapi bayangkan jika seorang mendermakan RM10 pasti jumlahnya (kalau tidak semua) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban hutang ditanggung kerajaan. Kita pegang begini sahajalah, satu kita bagi Allah akan gantikan berganda kebaikan yang lain.

Dalam pada itu, Che Ta sempat berkongsi beliau sebenarnya pernah digam dan menghadapi pelbagai dugaan sejak tiga tahun lalu oleh kerajaan terdahulu gara-gara memuat naik foto dan ucapan hari jadi yang ditujukan buat Tun M.

Sebelum ini saya pernah dipulaukan oleh agensi kerajaan hanya kerana saya memuat naik gambar dan ucapan hari jadi kepada Dr. Mahathir di Instagram. Sejak tiga tahun lalu ramai tidak tahu yang saya digam selain terpaksa melalui pelbagai pengalaman pahit setiap kali terpaksa berurusan dengan agensi kerajaan.

Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...