Ceramah Disekat, Ustaz Kazim Terpaksa Jual Pusat Tahfiz

Hiburan

Ceramah Disekat, Ustaz Kazim Terpaksa Jual Pusat Tahfiz

Gara-gara tidak lagi mampu menampus kos pentadbiran yang menelan belanja R150,000 sebulan, penceramah bebas Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dengan berat hati terpaksa menjual pusat tahfiz Darul Barakah miliknya.

Advertisement

Semuanya berpunca daripada pihak tertentu yang mahu menyekat Ustaz Kazim dari terus memberikan ceramah dan ia sekaligus menjejaskan peruntukan untuk pusat tahfiz berkenaan yang bergantung  kepada jumlah bayaran hasil daripada ceramah beliau.

Namun, beliau hanya akan menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini.

Kami tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program-program televisyen. Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah.

Menerusi laman mudah.my, pusat tahfiz itu ingin dijual dengan harga permulaan RM 5 juta dan sekiranya ada yang berminat, haganya boleh dirunding lagi.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...