Cecah RM100,000 Sepokok, Keladi Emas 916 Sama Harga Dengan Honda Civic

Kehidupan

Cecah RM100,000 Sepokok, Keladi Emas 916 Sama Harga Dengan Honda Civic

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada seorang penjual baka keladi import di Pasir Puteh, Kelantan apabila dia memiliki induk pkok keladi luar negara yag dikenali sebagai Alocasia New Guinea Gold.

Apa yang boleh dikatakan ‘untung’ adalah apabila baka tersebut bernilai lebih RM100,000 sepokok.

Advertisement

Influnecer jual bau kentut
11 bulan lalu

Bersara Jual Bau Kentut Dalam Balang, 'Influencer' Ini Alami Kesakitan Akibat Tekanan Gas Melampau Dalam Badan

Keladi emas 916Sumber : Kosmo Online 

Malah, jika anda membuat persamaan harga pokok keladi jenis itu, nilainya sudah menyamai sebuah kereta Honda Civic ataupun Proton X70.

Ujar pemiliknya, Muhamad Fathi Mat Jat yang ditemui Kosmo Online, dia membeli sebatang pokok keladi jenis itu pada harga RM80 sepokok untuk dijadikan induk daripada seorang wanita di Kuala Lumpur sekitar lima tahun lalgu.

Kini, induk yang saya miliki setinggi 2.7 meter dan mengikut pasaran harganya lebih RM100,000.

Induk ini mampu menghasilkan sehingga 2,000 anak pokok sekali gus dan saya walau bagaimanapun tidak berhasrat untuk menjualnya.

Katanya lagi, apa yang menjadi keistimewaan pokok keladi tersebut apabila tekstur batang pokok yang berwarna kuning keemasan sehingga digelar keladi emas 916 dalam kalangan penggemarnya.

Baka Keladi emas 916Sumber : Google  

Dia yang pada mulanya menanam spesis keladi tersebut sebagai hobi di rumah kini telah menjadi salah seorang pembekal baka yang sukar ditemui di negeri Kelantan.

Selain baka New Guinea Gold, Fathi juga mempunyai baka keladi ‘mewah’ yang lain seperti Black Mabel Taro, Mojito, Mickey Way, Black Lava dan juga Topeng Firaun yang masing-masing mempunyai nilai sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

“Harga sebatang pokok keladi itu dinilai berdasarkan tekstur seni, bentuk ubi, rupa bentuk daun, serlahan warna, corak daun dan saiz keladi.” ujarnya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...