Cecah 1 Juta Tontonan, Muzik Video ‘Nang’ Iman Troye Cetus Fenomena

Hiburan

Cecah 1 Juta Tontonan, Muzik Video ‘Nang’ Iman Troye Cetus Fenomena

Penyanyi Iman Troye meluahkan rasa teruja apabila video muzik single terbarunya yang berjudul Nang telah mencapai 1.3 juta tontonan di saluran YouTube.

Iman Troye
2 years ago

"Masih Tak Terfikir Lagi.." - Iman Troye Rasa Masih Belum Layak Beraksi Di Pentas AJL

Advertisement

Gembira dengan sambutan menggalakkan itu, Iman berkata ia adalah sesuatu yang perlu dihargai dan turut memberi makna tersendiri terhadap dirinya.

Malah, dua single lagunya yang terdahulu, Teman dan Pejam Celik Hari Raya juga meraih pencapaian yang sama dalam tempoh kurang seminggu ia dilancarkan kepada peminat.

Kedua-dua lagu tersebut juga telah berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM 1 Juta yang membabitkan ‘talent management revenue’ termasuklah persembahan dalam lagu.

Untuk mencipta trek rekod sebegini mendapat 1 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu bagi video muzik tiga lagu nyanyian saya sesuatu pencapaian peribadi yang cukup luar biasa.

Tambah pula tiga lagu saya masing-masing ciptaan Ezra Kong dan lirik A Ramlee dilancarkan di era pandemik COVID-19 yang kita sedia maklum ketentuan pasaran muzik itu sendiri tidak mampu ditebak hala tujunya.

Sehubungan dengan itu, Iman mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya terutama peminat serta rakan-rakan media.

Lagu Nang terbitan XO house Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia telah dilancarkan pada 15 Oktober lalu.

 

Ia kemudian menjadi trending di saluran Youtube di mana lagu Nang telah berada dalam kedudukan top 5 malah menjadi top 10 di Spotify.

Sekadar info, video single ketiga Iman itu telah menelan belanja sebanyak RM100,000 bagi urusan pembikinan sekaligus menjadikannya video muzik termahal  yang pernah dihasilkan syarikat penerbitan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Iman Troye!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...