Catriona Ross Terkilan Sering Didakwa Sudah Bercerai

Hiburan

Catriona Ross Terkilan Sering Didakwa Sudah Bercerai

Pelakon berdarah kacukan Catriona Ross meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila rumah tangga yang dibina bersama suami tercinta, Shaharudin Mokhtar yang masih lagi bahagia sudah beberapa kali dihimpit dengan gosip bahawa ia sudah musnah dengan perceraian.

Advertisement

Catriona tidak menolak kemungkinan ada pihak sengaja mencetuskan spekulasi kerana kurang senang melihat kebahagiaan beliau dan suami selama ini.

Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai? Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga.

Saya dan suami baru kembali dari bercuti bersama sama di Hong Kong pada penghujung Februari lalu. Kalau kami ada masalah rumah tangga takkanlah kami akan bercuti bersama ke luar negara? Ia seperti percutian bulan madu sekali gus mengeratkan lagi ikatan rumah tangga sedia ada.

Buat Catriona, beliau tidak gemar mempamerkan kemesraannya bersama suami dengan umum. Biarlah rasa manja, mesra dan romantik itu menjadi momen indah serta rahsia antara mereka berdua sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...