Written by serenity | January 19th, 2018

Sebelum ini, JAKIM dan Sajat telah mengadakan satu perjumpaan untuk mengesahkan jantina sebenar Sajat namun keputusan JAKIM masih belum dihebahkan. JAKIM mengaturkan pertemuan itu setelah Sir Azri atau Papagomo membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengenai Sajat yang merupakan seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya seorang perempuan.

Melalui satu rakaman video, Papagomo telah membuat pendedahan mengenai hasil siasatan JAKIM kepadanya. Papagomo mendakwa Nur Sajat melalui pengakuan ibu bapanya ialah seorang lelaki;

Saya dapat panggilan telefon dari pihak JAKIM, yang mana pihak JAKIM mengatakan bahawa Sajat seorang lelaki. Jadi saya cakap, kenapa tidak diberitahu (kepada orang ramai)? Sajat meminta untuk tidak diberitahu kerana dia malu.

Rakaman itu boleh ditonton di bawah:


Melalui rakaman itu, Papagomo memberitahu bahawa perkara seperti itu tidak boleh disimpan, dirahsiakan atau dibiarkan dan perlu diberitahu kepada rakyat memandangkan ibu bapa Sajat dan beliau sendiri mengakui dirinya seorang lelaki.

Papagomo mendakwa telah menerima melalui pesanan WhatsApp dan DM dari orang ramai mengenai video-video tentang pengakuan Sajat dan ibu bapanya, serta salinan kad pengenalan Sajat yang membuktikan dia seorang lelaki.

Papagomo menambah, adik Sajat memanggillnya abang, dan sebelum mendakwa dirinya khunsa dan kemudiannya perempuan, Sajat pernah mengakui dirinya seorang pondan.

Papagomo juga bertanya, memandangkan ibu bapa Sajat mengakui dirinya lelaki, adakah orang ramai mahu mempercayai ibu bapanya atau lembu yang didakwa Sajat tahu bahawa dirinya seorang perempuan.

Sebelum ini, Papagomo telah menerbitkan sebuah video menuntut Sajat meminta maaf kepada kaum wanita kerana memalukan mereka dengan kenyataan mengenai datang haid dan mengandung.

Namun setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman secara rasmi oleh JAKIM kepada orang ramai mengenai jantina Sajat. – beautifulnara.com

Written by serenity | January 17th, 2018

Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah memuat naik satu rakaman video menghentam Coach Yin, teman lelaki Sajat kerana menyebabkan golongan lelaki yang mengangkat berat di gimnasium dipandang serong oleh masyakarat.

Papagomo berkata:

Berkenaan dengan teman lelaki Sajat. Kau ni pun satu. Pasal engkau orang yang main besi dikategorikan sebagai ‘geng kunyit’.

Papagomo juga mempersoalkan Coach Yin membawa Sajat berjumpa ibunya dan membuat pengumuman mereka berdua bakal berkahwin memandangkan dia dan Sajat sama jantina:

Orang Malaysia ni baik tau. Kalau kat Acheh dah kena bakar korang ni.

Papagomo menambah, golongan yang ‘main besi’ meluat dengan Coach Yin kerana ‘bercinta’ dengan seorang lelaki.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 17th, 2018

Dua klip video didakwa personaliti media sosial Safiey Ilias dan Baby Arra yang terbabit dalam pertengkaran di media sosial sejak semalam.

Dua video memaparkan kejadian itu dari dua kamera berbeza telah dimuat naik ke media sosial oleh Netizen. Ia dikatakan berlaku di sebuah kedai makan sekitar ibu kota.

Khabarnya. ia berpunca kerana ketidakpuasan hati Safiey terhadap Baby Arra yang telah merakamkan Safiey menari ‘bagai orang gila’ di sebuah parti sambutan ambang tahun baru di Langkawi 31 Disember lepas di Instagram Live. Rakaman itu kemudiannya telah menjadi viral.

Dua video tersebut boleh ditonton di bawah:


Pertengkaran tersebut menjadi serius hingga melibatkan adegan tampar-menampar.

Rata-rata Netizen mempersoalkan kenapa sekumpulan lelaki menyerang seorang perempuan sehingga melibatkan serangan fizikal. Ada juga pihak yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia membuat siasatan lanjut.

Setakat ini, tiada komen lanjut dari Safiey dan Baby Arra mengenai kejadian ini. – beautifulnara.com

Written by serenity | January 2nd, 2018

Sejak beberapa minggu lepas usahawan suplemen kulit Safiey lias, yang sebelum ini pernah viral dengan kisah penghijrahan dari menjadi seorang pondan kembali hangat diperkatakan apabila dia memuat naik gambar-gambar dan video seolah-olah menunjukkan bahawa dia ingin kembali menjadi pondan. Mendakwa akan membuat penjelasan mengenai perkara itu pada 31 Disember lepas, akaun Instagram Safiey Ilias bagaimanapun kini tidak wujud. Tidak dapat dipastikan sama ada Safiey telah menyahaktif akaun kerana terdapat dakwaan bahawa akaun Instagramnya telah disekat oleh Instagram.

Pada 31 Disember lepas juga, beberapa video dan gambar yang dimuat naik ke Instagram oleh Fara Mendoza menunjukkan Safiey berada sebuah parti di Langkawi pada ambang tahun baru 2018. Mengenakan gaun putih, terdapat pihak mendakwa Safiey telah menari di parti tersebut.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh The Misfitz di YouTube, Safiey telah dirakam menari di parti tersebut dalam gerakan yang beliau ibaratkan ‘seperti orang gila’. Video itu dimuat naik di beberapa IG Story pengguna Instagram, antaranya personaliti viral Baby Ara.


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 41234