Written by serenity | April 21st, 2018

Sejak semalam, Twitter kecoh apabila satu gambar lucah kemaluan lelaki telah dimuat naik ke Instagram Story akaun Instagram rasmi Zul Ariffin.

Gambar itu menjadi viral dengan ramai para gadis cuba memintanya dari ramai pengguna Twitter, malah ada yang membuat tanggapan ia gambar kemaluan Zul yang dimuat naik tanpa sengaja ke Instagram Story selama dua minit sebelum dipadamkan.

Kepada Harian Metro, Zul membuat penjelasan bahawa gambar itu angkara penggodam dan dia terkejut mendapati mereka memuat naik gambar lucah ke Story akaunnya:

 

Selalunya ‘hackers’ akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula dimuat naik di akaun Instagram saya.

Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian.

Zul memadam gambar itu sebaik saja diberitahu mengenainya oleh kawan:

Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya ‘hackers’ tidak dapat menembusi akaun peribadi saya.

Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena.

Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu. Saya belum gila nak buat itu semua.

Zul kini fobia dengan Instagram dan akan lebih berhati-hati memuat naik apa saja gambar ke akaunnya itu:

Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya pernah hampir digodam tetapi mereka tidak berjaya menembusinya.

Pernah dulu beberapa kali akaun saya tidak boleh dibuka, namun dengan bantuan kelab peminat mereka berjaya mendapatkan semula IG saya kerana saya tidak terlalu mahir menggunakan sosial media ini.

Tak sangka selepas beberapa kali mereka cuba menceroboh akhirnya gambar anu yang dimuat naik.

Zul tidak berhasrat membuat laporan polis,  sebaliknya, aduan sudah dibuat olehnya kepada Instagram:

Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya.

Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan.

 

Sebelum ini, bekas teman wanitanya Zahirah Macwilson menafikan dia ada kena-mengena dengan perbuatan menggodam akaun Zul seperti yang dispekulasi oleh Netizen. – beautifulnara.com

Written by serenity | April 21st, 2018

Kisah mengenai gambar lucah yang dimuat naik ke Insta Story pelakon kacak Zul Ariffin malam semalam rancak diperkatakan di Twitter.

Terbaru, seorang pengguna Twitter secara berseloroh mengatakan, mungkin telefon pintar Zul Arifin telah digodam oleh bekas teman wanita yang sakit hati.

306d9962-7f09-46aa-a743-b9b4186b63e8

Bagaimanapun, Zahirah telah menjawab tweet itu, mengatakan dia ada perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Zahirah turut menafikan tuduhan seorang pengguna Twitter lain bahawa dia telah berselfie berhampiran jenazah ibu Zul.
02e4956d-c58b-427f-85df-55ca687f1b18

Setakat ini, Zul belum membuat penjelasan mengenai insiden muat naik gambar lucah itu yang dikatakan dimuat naik hanya selama dua minit sebelum dipadam di Instagram Story Zul Ariffin malam tadi.

Zul juga tidak membuat kenyataan balas mengenai dakwaan Zahirah selfie berdekatan jenazah ibunya yang dikatakan Zahirah sebagai satu fitnah. – beautifulnara.com

Written by serenity | April 14th, 2018

Umum mengetahui  bahawa pelakon jelita, Zahirah Macwilson dan pelakon kacak Zul Ariffin sedang bercinta. Hubungan itu sudah berlangsung beberapa lama tetapi keduanya dilihat jarang bercakap mengenai hubungan mereka.


Zul pernah menyatakan hanya akan bercakap mengenai kerjaya dan dia juga memberitahu enggan berbicara soal Zahirah kerana tidak mahu wanita itu dikenali dengan gosip cinta.

Mereka juga hanya pergi bersama ke beberapa majlis umum sahaja jadi gambar mereka berdua dalam talian juga tidak sebanyak gambar pasangan lain.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 10th, 2018

Anugerah MeleTOP Era 2018 sudah berlangsung tetapi ia masih diperkatakan ramai pihak. Ada yang menggelarnya malam anugerah Neeletop (kerana Neelofa menerima anugerah mengalahkan Zul Ariffin dan Syafiq Kyle), ada yang gembira dan tidak puas hati dengan mutu pengacaraan dan majlis, namun antara yang diperkatakan ialah Neelofa hampir terjatuh di atas pentas tetapi diselamatkan pelakon kacak lagi sasa, Zul Ariffin.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia satu gimik atau satu kebetulan, ia bagaimanapun berjaya menarik perhatian ramai.


Zul Ariffin dan Neelofa melakonkan sketsa sweet di pentas AME Ahad lepas. Keduanya ialah gandingan yang hangat diperkatakan kerana drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari arahan Michael Ang yang bakal ditayangkan di Astro sekitar Ogos ini.

Gandingan itu begitu diperkatakan sehingga ada yang meminta agar mereka berdua berkahwin. – beautifulnara.com