Written by serenity | September 17th, 2018

Dalam satu kenyataan di Melodi TV3 semalam, penyanyi Ismail Izzani secara berseloroh berkata, dia boleh memindahkan wang berjumlah RM 398.85 ke akaun bank Zarina Anjoulie pada bila-bila masa.

Namun begitu, dia meminta peminatnya bersabar kerana dia akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Mendakwa tidak kenal Fathiya Latiff dan Zarina Anjoulie sebelum ini, Ismail memberitahu pertama kali berjumpa mereka pada malam itu dan tidak mempunyai nombor telefon mereka berdua. Dia turut menafikan bahawa kontroversi yang timbul ialah satu gimik pelancaran lagunya kerana ia sesuatu yang memalukan dirinya dan keluarga serta memberi impak negatif terhadap kerjayanya.

Sementara itu, Zarina melalui Instagram telah memuat naik satu kenyataan meminta agar Ismail tidak malu untuk memindahkan wang tersebut ke akaun banknya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 3rd, 2018

Walaupun Ismail Izzani mengakui kesilapannya dan telah meminta maaf dari ibu bapa dan pihak pengurusannya berhubung satu gambar dia memeluk pinggang pelakon Zarina Anjoulie yang berpakaian jarang dan tidak bertudung, Zarina pula lain ceritanya. Dia mendakwa itu gambar lama dan hanya satu cara Fathia  Latiff yang merupakan kawan baiknya, ‘membahan dirinya’.

Kepada Utusan Online, Fathia memberitahu, baginya ia isu kecil dan tak perlu diperbesarkan.

Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena ‘bahan’ dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.

Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat.

Gambar itu dimuat naik ke akaun Instagram oleh Fathia Latiff pada 31 Ogos lepas. Ada Netizen yang mendakwa ia diambil di sebuah kelab pada malam ambang ulang tahun kemerdekaan. Jika ia gambar lama Ismail Izzani yang berusia 18 tahun pasti di bawah umur dan tidak boleh memasuki tempat hiburan.

Apa pun, khabarnya, Ismail Izzani tidak dapat dihubungi untuk bercakap sendiri mengenai perkara itu dengan pihak media.

Dia juga mendapat sokongan dari rakannya Haqiem Rusli berkaitan kontroversi yang melanda dan berharap remaja itu bersabar. – beautifulnara.com

Written by serenity | August 28th, 2018

Di era media sosial ini, ramai mengambil peluang berniaga, terutamanya produk seperti suplemen dan rangkaian penjagaan kulit. Ia laku bak pisang goreng panas dan ramai juga dalam kalangan mereka ini terdiri dari selebriti.

Zarina Anjoulie ialah antara selebriti yang melibatkan diri dalam perniagaan produk kecantikan di media sosial. Terbaru, Zarina telah mengeluarkan kritikan pedas terhadap pakar buah pinggang yang aktif menimbulkan kesedaran mengenai bahaya suplemen Internet di media sosial, Dr Rafidah Abdullah berikutan kebanjiran ‘produk-produk sampah’ di pasaran yang diasaskan oleh ‘pengasas sampah’. Keselamatan produk-produk ini kepada pengguna tidak dapat dipastikan.

Berikutan itu Zarina telah memuat naik satu tulisan ke Instagramnya, mengkritik keras Rafidah dan meminta pengamal perubatan itu membantu pengasas memajukan diri dengan memberi ceramah secara percuma kepada pengasas.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 2nd, 2013

Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.

Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing.

Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan. 8D