Written by serenity | April 21st, 2018

Kisah mengenai gambar lucah yang dimuat naik ke Insta Story pelakon kacak Zul Ariffin malam semalam rancak diperkatakan di Twitter.

Terbaru, seorang pengguna Twitter secara berseloroh mengatakan, mungkin telefon pintar Zul Arifin telah digodam oleh bekas teman wanita yang sakit hati.

306d9962-7f09-46aa-a743-b9b4186b63e8

Bagaimanapun, Zahirah telah menjawab tweet itu, mengatakan dia ada perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Zahirah turut menafikan tuduhan seorang pengguna Twitter lain bahawa dia telah berselfie berhampiran jenazah ibu Zul.
02e4956d-c58b-427f-85df-55ca687f1b18

Setakat ini, Zul belum membuat penjelasan mengenai insiden muat naik gambar lucah itu yang dikatakan dimuat naik hanya selama dua minit sebelum dipadam di Instagram Story Zul Ariffin malam tadi.

Zul juga tidak membuat kenyataan balas mengenai dakwaan Zahirah selfie berdekatan jenazah ibunya yang dikatakan Zahirah sebagai satu fitnah. – beautifulnara.com

Written by serenity | April 16th, 2018

Bapa kepada Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson, 60, seorang pelakon yang juga bekas pembaca berita TV3 berkata dia lega hubungan percintaan anak gadisnya dengan pelakon Zul Ariffin, 31, telah terputus.

Zainol mendakwa dia tidak merestui perhubungan mereka dan mempunyai sebab-sebab tersendiri tidak menyokong perhubungan itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 15th, 2018

Percintaan antara pelakon kacak Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson bukan satu rahsia walaupun keduanya tidak begitu mencanangkan mengenai percintaan mereka. Ada yang mendakwa hubungan mereka pernah putus pada satu ketika, namun kini Zul juga mengakui perhubungan mereka sering putus dan bersambung semula.


Kini keduanya berpatah arang dan menyatakan tidak akan kembali ke pangkuan masing-masing malah Zahirah mengatakan telah move-on dari perhubungan mereka yang berlangsung tiga tahun. Kepada Harian Metro, Zahirah memberitahu:

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Malah, apa yang lebih penting saya tidak berdendam dan benci Zul. Kalau dia nak burukkan saya, silakan.

Sejujurnya, saya tidak sedih pun. Saya okay saja. Sepanjang tiga tahun bercinta macam-macam saya lalui. Namun, saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi.

Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual kerja padat. Malah, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon dengannya jika ada tawaran.

Biarlah saya simpan segala kenangan yang pernah kami lalui bersama. Kalau betul saya berperangai buruk seperti diperkatakannya, saya doakan dia temui wanita yang lebih baik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 25th, 2017

Nama Zahirah Macwilson tiba-tba terkait dengan perselisihan antara Emma Maembong dan Kamal Adli. Semalam, Emma telah tampil memberitahu BH Online bahawa hubungannya dengan Kamal Adli telah berakhir kerana Kamal keluar dengan Zahirah tanpa pengetahuannya.

Emma juga mendakwa Kamal tidak mengaku keluar dengan pelakon wanita itu. Walau bagaimanapun, Zahirah telah mengeluarkan bukti perbualan WhatsApp dengan Kamal Adli berkenaan namanya dipetik lelaki itu untuk memberi alasan kepada Emma, sedangkan mereka tidak ada apa-apa hubungan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”