Written by serenity | January 3rd, 2013

Untuk pengetahuan anda, kontrak Yuna bersama syarikat yang memperkenalkannya ke persada antarabangsa FaderLabel telah berakhir baru-baru ini. Namun langkah besar Yuna untuk tahun 2013, besar kemungkinan ialah berkolaborasi bersama David Foster.

Foster, penerbit tersohor di Amerika Syarikat melalui Twitter mengumumkan akan ada projek dengan Yuna untuk tahun 2013.

I’m really excited about the next hot artist to join @vervemusic … Stay tuned and keep an eye out for @yunamusic in 2013.”

Baik Yuna dan mahupun pengurusnya Wawa Zainal enggan mengulas mengenai tweet tersebut, mungkin segalanya masih dalam perancangan.

Untuk makluman anda juga, Foster ialah pemenang beberapa anugerah Grammy, yang pernah bekerjasama dengan Christina Aguilera, Bryan Adams, The Bee Gees, Air Supply, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Buble, Mariah Carey, Charice, Chicago, Destiny’s Child, The Corrs, Neil Diamond, Celine Dion, Earth, Wind and Fire, Josh Groban, Whitney Houston, Beyonce, Janet Jackson dan Michael Jackson.

Walaupun maklumat tentang kontrak jutaan dollarnya bersama Foster masih belum didedahkan pihak media, Yuna telah mengesahkan yang dia kini sedang merakamkan runut bunyi (soundtrack) sebuah filem dengan majikan barunya itu di Los Angeles. Filem apa? Kita nantikan dulu.

Written by serenity | October 6th, 2012

Penyanyi yang tidak asing lagi, Yuna menyinar dengan enam pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) 19.

Yuna tercalon untuk Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo Of You) Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).

Mengekori beliau ialah Jaclyn Victor, dengan lima pencalonan. Jaclyn mendapat dua pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Counting Days dan Jagalah Diri), dua lagi unuk Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan satu untuk Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).

Pelakon West End dan penyanyi Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan, untuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik and Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu untuk Bertemu Di Syurga.

Yuna, Jaclyn dan Stephen tidak hadir di majlis pengumuman kerana komitmen lain, tetapi  penyanyi yang hadir iaitu Shila Amzah telah menerima dua pencalonan AIM 19. Kata Shila:-

Tahun ini rasanya seperti tahun untuk saya. Selepas menang Asian Wave, saya pulang dan  telah dicalonkan untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik untuk Patah Seribu. Apa yang istimewa ialah saya telah menulis sendiri lagu tersebut. Ia lagu yang sedih, tetapi bukan menceritakan tentang saya.

465 pencalonan telah diumumkan untuk AIM tahun ini dan 80 calon telah dipilih. Juri terdiri dari 57 orang pencipta lagu dan penerbit yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan.

Penyanyi Stacy, yang dicalonkan untuk  Album Terbaik untuk lagu dance-pop Stay-C dan Video Muzik Terbaik untuk Pelangi Senja, turut hadir di majlis itu. Rasanya belum terlewat untuk memaparkan video Stacy, Pelangi Senja di sini:-

Sumber.

Written by serenity | January 27th, 2012

Selepas Come As You Are, satu lagi trek muzik yang ‘berhantu’ dari Yuna ialah “Live Your Life”. Ada satu jiwa positif yang subtle dalam muzik Yuna kali ini, yang disampaikan pada pendengar (atau kami sekurang-kurangnya) yang merupakan kekuatan lagu ini.

Live Your Life ialah satu trek dari album penuh Yuna yang juga berjudul Yuna: bakal terbit tidak lama lagi. Lagu ini diterbitkan oleh Pharrell, yang turut menerbitkan lagu revival “Come As You Are” dendangan asal Nirvana yang sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan di Amerika Syarikat.

Buat pengetahuan anda, lagu ini turut boleh dibeli dari iTunes. Kami yakin lagu ini juga akan diberi sambutan baik oleh peminat lagu di sana, jika dilihat pada respons dan rebiu yang diberikan oleh mereka. Go Yuna!

Written by serenity | November 19th, 2011

Yuna telah membawa pulang tiga anugerah semasa Anugerah Industri Muzik 12 November lepas. Meskipun begitu, ada suara-suara yang menyatakan Yuna tidak layak dan tidak diterima di Amerika Syarikat. Buat pengetahuan anda, Yuna sebenarnya sedang trending di sana malah lagu Yuna, ‘Decorate’ telah dipilih oleh ramai pemuzik untuk nyanyian semula. Anda boleh cari ‘Yuna Decorate Cover’ di YouTube untuk melihat sendiri.  Malah, ramai rakyat Amerika Syarikat yang memuji lagu “Come As You Are” nyanyian semula Yuna itu dan ada antara mereka yang mendakwa lagu nyanyian Yuna lebih baik dari versi asal.

Apa yang menginspirasikan Yuna untuk menyanyikan semula lagu Nirvana? Yuna telah memberitahu MTV Iggy:-

Ianya sesuatu yang saya buat untuk suka-suka. Saya berada di sebuah studio dengan ahli-ahli kumpulan muzik saya dan kami sedang berlatih lagu, gitaris saya memainkan satu baris dari lagu ‘Come As You Are’. Dan saya terus bertanya, “Hey, mengapa kita tidak buat rakaman semula”?

Kami semua ialah peminat Nirvana. Saya tahu lirik lagu tersebut dan kami semua sudah tahu lagu itu dan mahu memainkannya dalam cara yang berbeza. Kami terus rakam lagu yang kami mainkan. Reaksi kepada lagu tersebut bercampur-campur, tetapi saya menghargai hakikat yang orang ramai telah meluangkan masa untuk mendengar lagu tersebut. Ia ialah satu versi romantik, sisi lagu itu yang lebih lembut.

Ia sebenarnya pilihan yang tepat, kerana rakaman semula lagu ‘Come As You Are’ itu telah membuka pintu untuk Yuna dikenali dan diminati di sana. Dari situ juga peminat-peminat baru Yuna telah mendengar lagu-lagu Yuna yang lain seperti Decorate, Deeper Conversation dan Penakut.

Ketika ditanya, Yuna turut memberitahu yang dia sukakan lagu-lagu 90’an, dan sekiranya diberi peluang, dia ingin bekerjasama dengan karyawan muzik seperti Chris Martin dari Coldplay dan Damon Albarn. Lain-lain pemuzik kegemaran Yuna ialah Fiona Apple, Tori Amos, Portishead, Nirvana, The Cranberries dan The Cardigans. Ikuti rakaman temuramah Yuna dalam Rangkaian What’s Trending di YouTube: