Written by serenity | April 21st, 2015

Baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah berhimpun di hadapan satu bangunan lot kedai, lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya untuk menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan.

Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi yang dipasang pada tingkap gereja yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai itu selepas bantahan dibuat.

Namun begitu, personaliti Wardina Saffiyah yang kini menetap di Australia kerana menyambung pengajiannya mengikuti perkembangan isu itu dan menyuarakan pendapatnya bahawa salib itu tidak perlu diturunkan dan menganggap perbuatan pemprotes adalah seperti membuli penganut agama Kristian di situ.


 photo Untitled_3.png

Saya harap salib itu dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara seIslam saya. Orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Rasulullah SAW telah hidup secara harmoni dengan orang beragama Kristian. Saya sayangkan saudara saya yang beragama Kristian.

Dalam era materialisme orang yang memiliki kepercayaan yang ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, keikhlasan dan ikatan kepada Tuhan ialah satu pengalaman yang mengharukan dan memberi kesedaran kepada mereka yang memiliki iman sahaja. Kepada orang Islam, bertindaklah seperti Muslim. Hanya vampires takutkan salib. Biarkan orang Kristian mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

Sampaikan salam saya kepada Pastor dan sampaikan permohonan maaf saya kepada penganut Kristian Taman Medan. Kepada saudara seagama saya di Taman Medan, kelakuan anda tidak mencerminkan Islam.

Wardina turut memberitahu dia faham apa rasanya menjadi minoriti dan dibuli kerana kepercayaan. Dia juga menghargai sokongan yang diberikan oleh orang bukan Islam kepada golongan minoriti Islam (mungkin merujuk kepada pengalamannya di Australia).

Dia turut menyatakan sikap ‘gengster’ yang ditunjukkan oleh orang Islam dalam video tersebut sebagai ‘hodoh’.

Pada pendapat kami, memang apa yang dikatakan oleh Wardina itu ada benarnya. Jika melihat dua batang kayu yang disilangkan itu menggugat keislaman anda, mungkin keislaman anda itu tidak kuat sebenarnya. Apa pendapat anda?

Velvet membawa maksud baldu, berlatarkan kelab malam sebagai simbolik dunia kini. Kelab Velvet mengharungi saat-saat…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 20 April 2015

Written by serenity | April 16th, 2014

Sebelum ini, kita telah mendengar pendapat Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot yang menyeru para ulama Malaysia mengkaji ceramah yang diberi oleh Ustaz Don Daniyal menggunakan akaun media sosialnya.

Dalam status tersebut, Wardina telah merujuk kepada sebuah video yang mengandungi kompilasi klip pendek ceramah lelaki itu yang dikatakan tidak sahih. Hari ini, menurut Sungai Rapat Online, Don telah tampil memberi penjelasan berkenaan video itu, yang didakwanya dihasilkan oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut Don, adalah tidak adil dengan memuat naik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Komennya:-

Apakah niat sebenar memuat naik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya? Adakah bertujuan baik atau sebaliknya? Kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda.

Beliau disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama, bukannya menggunakan ustaz Google, Facebook atau Twitter. Apakah video itu menjadi satu dalil kepadanya untuk menghentam orang lain?

Don turut menyarankan agar pembuat video hadir dalam ceramahnya, bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wanita itu tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan–itupun jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda. Jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut?

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, takkan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada di kalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, ‘Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.’

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Ini ialah video penjelasan dari Don:-

Setakat ini tiada kenyataan balas dari Wardina. Bersama kita nantikan perkembangannya.

Laporan asal: Sungai Rapat Online

 

 

 

Written by AbangNara | July 14th, 2009

wardina safiyah

Kami masih teringat lagi masa Wardina jadi mangsa majalah playboy Malaysia (Mangga). Masa tue Wardina ngan Sarimah memang tengah top. Kesian Wardina disuruh posing sambil menunjukkan pehanya. Terkelu kejap kami masa tue.

Syukur sekarang Wardina dah tak lalu zaman tue dan terus bertudung. Padahal kalau ingat balik rambut Wardina memang lawa mengalahkan artis-artis yang ada sekarang. Yang tambah kagum, populariti Wardina tetap maintain. So tak ada reason untuk artis lain cakap bertudung nie membuatkan saham diorang jatuh.

Oh ya buat peminat Wardina yang nak add dia kat Facebook, ini alamat Facebook Wardina. Banyak gambar-gambar terbaru Wardina kat situ. Kepada wanita-wanita yang nak belajar fesyen bertudung pun leh try belajar dengan tengok gambar-gambar Wardina.

Lagi gambar-gambar terbaru dan terkini Wardina dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 7th, 2009

gambar kawin adik wardina

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang telah kecewa apabila Wardina berkahwin dulu, sila kecewakan diri anda lagi kerana kini adik Wardina, Sumayyah pulak telah berkahwin.

Seperti kakaknya, Sumayyah memang cun, ayu dan memakai tudung. Macam wanita Melayu terakhir gitu. Memang kalau bawak balik rumah, mak anda pasti akan masuk meminang keesokkan harinya.

Tahniah buat Sumayyah dan suaminya. Lagi gambar majlis perkahwinan adik Wardina, Sumayyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 212