Written by serenity | November 12th, 2013

Sebelum ini, Zubir Bipop dalam ruangan pojoknya di Berita Harian (BH) Ahad telah menulis mengenai Ummi Nazeera yang dikatakan telah berkahwin secara rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel dan penghijrahan Ummi juga dikatakan disebabkan oleh pelakon itu ingin menyesuaikan diri dengan imej Islamik yang ditampilkan oleh Aeril.
Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya Ummi menafikan perkara itu dan menuntut Zubir memperbetulkan keadaan. Menurut Ummi, dia tidak perlu lelaki atau perkahwinan untuk berhijrah.

Selepas itu, dalam BH Ahad lepas, Zubir telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas gosip tersebut yang dianggap sekadar dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti yang ditulis oleh beliau:-

Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk!

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pula mengapa Zubir tidak memohon maaf terhadap Aeril yang juga dikaitkan dengan gosip berkenaan. Sebelum ini beberapa kali gosip yang disampaikan Zubir telah terbukti benar walaupun dinafikan oleh para artis terlibat pada mulanya.

Cuma kali ini,  permohonan maaf dari Zubir mengesahkan bahawa cerita Ummi berkahwin rahsia dengan Aeril yang ditulis itu hanyalah khabar angin saja. Kita doakan yang terbaik saja untuk Ummi Nazeera yang semakin manis dengan imej Muslimah setelah penghijrahannya.

 

Written by serenity | November 4th, 2013

Seperti biasa, setiap minggu pasti ada isu hangat berkenaan personaliti hiburan yang ditampilkan di sisipan Bipop yang dikeluarkan bersama Berita Harian Ahad. Semalam, melalui ruangan pojoknya, Zubir telah menulis mengenai khabar angin yang didengarnya mengenai Ummi Nazeera yang kononnya teleh berkahwin dengan Aeril Zafrel.

Menurut Zubir, khabar angin yang telah didengarnya ialah Aeril mula berkenalan dengan Ummi di set penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriaty. Menurut sumber Zubir, ketika Aeril mendekati Ummi dia mendakwa hanya teman rapat Wawa Zainal, bukannya kekasih sedangkan pada masa itu Aeril sudah bernikah sacara syarak (tanpa dokumen) dengan Wawa  Zainal pada Februari 2012 dan bernikah secara sah mengikut undang-undang pada Februari 2013 seperti yang telah didedahkan beliau dalam sidang media mengenai status perkahwinannya beberapa minggu lepas.

Tambah Zubir, hubungan mereka dikatakan rapat sejak Ummi masih melanjutkan pengajian di Australia. Mereka sering berhubung melalui media sosial malah Ummi juga menukar imej kepada pemakaian muslimah kerana mengahwini Aeril dan menyesuaikan diri dengan imej pelakon tersebut.

Zubir turut mempersoalkan sikap Aeril (sekiranya gosip itu benar) yang masih menjalin hubungan intim dengan wanita lain walaupun sudah memperisterikan Wawa. Malah Ummi dikatakan turut merasa kecewa apabila mengetahui Wawa ialah isteri Aeril.

Namun semalam juga, Ummi melalui Twitternya menafikan pernah berkahwin malah menyatakan yang dia tidak pernah berjumpa dengan Aeril.

 photo ummipng.png

Tidak dapat dipastikan bagaimana isu ini boleh timbul namun biasanya gosip yang disampaikan oleh Zubir lambat laun terbukti kebenarannya seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini. Apa pun diharapkan gosip ini ialah sekadar khabar di angin lalu semata-mata dan bukanlah cerita benar. Apa kata anda?


Ingin menyaksikan lagu-lagu tema filem dan teater terkenal seperti ‘Ombak Rindu’ dipersembahkan dalam bentuk koir? Jom saksikan Koir Kebangsaan Malaysia – Kembara Muzikal Teater & Filem @ Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur (23 & 24//11/13) yang turut mengutarakan Syafinaz Selamat, Rosnan Rahman, Amri Zain, Kumpulan Momento dan Vox Aurora.

Tiket berharga RM 30 sahaja. Sila klik poster untuk membeli tiket secara online!

Written by serenity | December 26th, 2012

Semenjak pulang ke Malaysia kerana tamat melanjutkan pelajaran di Australia Ummi Nazeera semakin kerap menghadiri acara-acara dan majlis sekitar ibu kota. Bukan sekadar namanya sahaja yang mempunyai keindahan, wajah Ummi Nazeera tidak jemu dipandang kerana kecantikannya yang boleh dikatakan kecantikan asli gadis melayu.

Terbaru, si cantik ini telah berkongsi dua gambarnya dari sesi fotografi dengan majalah GLAM di Instagram. Dengan solekan smokey-eyes dan bibir yang diwarnakan merah metalik Ummi memang nampak anggun sekali.

Dan besar kemungkinan melalui isu yang sama, anda akan dapat melihat Izara Aishah juga, yang mengongsikan gambarnya dengan Ummi dari sesi yang sama melalui Facebook.

Amacam? Pastikan anda perhatikan keluaran GLAM akan datang untuk melihat shot-shot menarik dari sesi fotografi tersebut!

Written by serenity | December 3rd, 2012

Ummi Nazeera dikenali kerawa wataknya sebagai Cik Nin dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Embok dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Antara yang menyebabkan dia diingati ialah wajah yang ayu dan karakter yang lemah lembut. Kariernya lakonan Ummi terhenti seketika kerana Ummi telah melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Kini, Ummi berada di Malaysia dan khabarnya juga Ummi akan menamatkan pengajiannya penghujung tahun ini.

Photobucket

Oleh kerana terdapat permintaan, kami paparkan gambar-gambar Ummi Nazeera sewaktu menghadiri majlis Chanel presentation yang berlangsung ibu kota pada malam 30 November lepas. Khabarnya ramai sosialit yang dijemput menghadiri majlis ini, antaranya VJ E-news Asia, Marion Caunter. Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Ummi Nazeera.