Written by serenity | March 31st, 2014

Satu majlis resepsi perkahwinan secara tertutup telah dibuat secara-kecil-kecilan oleh pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di  N’dah Catering, Shah Alam. pada malam 29 Mac lepas.


 photo 883301_664110990309899_541943458_o.jpg
Majlis ringkas ini telah dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. Syamsul juga berada dalam keadaan sihat dan telah sembuh dari demam denggi yang dihidapi sebelum ini.

Khabarnya, satu lagi majlis resepsi terbuka perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah akan diadakan di Dewan Perdana Felda, 18 April ini. Bersama kita doakan majlis mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.

Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, Love Undefined Photography.

Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

 

 
Written by serenity | October 10th, 2013

Kelmarin, berlaku sedikit salah faham di Twitter di antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof apabila Amani mempersoalkan mengenai klasifikasi filem ‘KL Gangster 2’ yang diberikan sebagai PG 13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) walaupun dikatakan mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk penonton di bawah umur 18 tahun.

Hari ini melalui Berita Harian, Datuk Yusof Haslam yang juga penerbit filem KL Gangster 2 menasihatkan penerbit filem yang dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas untuk membuat rayuan kepada LPF seperti yang dilakukan oleh beliau untuk filemnya.

Filem terbitan saya pada awalnya diberikan klasifikasi 18. Ia tidak membimbangkan saya kerana kesan klasifikasi 13 dan 18 itu hanya sekitar 10 hingga 20 peratus ke atas kutipan tiket. Jika sesebuah filem berpotensi pergi lebih jauh, kutipan pada dasarnya tidak terganggu dengan pemberian klasifikasi itu.

Bagaimanapun, selepas berlaku kebocoran KL Gangster 2 di Internet, filem terbitan saya disifatkan sebagai kes istimewa. Selepas kebocoran itu jugalah baru saya membuat rayuan memandangkan kerugian besar yang bakal saya tanggung. Apatah lagi produk yang bocor itu belum mendapat pemotongan daripada LPF.

Reaksi Yusof adalah sebagai maklumbalas kepada penerbit yang filemnya dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas. Selepas itu terpulang kepada budi bicara panel LPF sama ada untuk menerima atau tidak justifikasi yang diberikan penerbit.

Ada betulnya apa yang dikatakan beliau itu sebagai orang lama dan berpengalaman dalam industri. Selepas ini diharap penerbit-penerbit filem yang mahu filem mereka diklasifikasikan untuk penonton berumur lebih rendah patut membuat rayuan sekiranya filem mereka diklasifikasikan 18 supaya lebih luas pasaran penonton yang berkemungkinan menonton filem mereka.

Setakat ini antara filem yang mendapat klasifikasi 18 ialah Psiko Pencuri Hati dan Dampak.

Written by serenity | October 8th, 2013

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung menghadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.

Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-

 photo amani.png

Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.

Image Hosted by ImageShack.us

Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-

 photo amani2.png

Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul ‘terasa’ dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang ‘double standards’ yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .

Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana beberapa masalah berkenaan LPF dan ‘double standards’ sudah diperkatakan oleh penggiat industri filem sejak dekad 80’an.

Apa pun diharap keduanya akan berbaik selepas ini, dan mungkin LPF patut memberikan perhatian kepada perkara ini untuk mengelakkan kritikan pada masa akan datang dan kesan negatif kepada industri filem negara secara umumnya. Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | November 17th, 2008

Gambar anak Yusof Haslam, Syamsul Yusof Haslam dengan Diana yang diakui oleh Yusof Haslam sendiri sebagai bakal menantunya telah tersebar di Internet baru-baru ini.

Gambar mesra Syamsul Yusof Haslam dan Diana ini berkemungkinan besar diambil menggunakan kamera handphone kerana kedudukan muka masing-masing yang dekat. Kalau tak rapatkan muka memang tak muatlah muka dua budak mentah ini.

Nak tengok lagi gambar mereka berdua berposing? Baca artikel ini. Ada lagi 2 gambar yang menunjukkan betapa mesranya mereka berdua. Mungkinkah mereka teman tetapi terlebih mesra sesama sendiri?