Written by serenity | March 1st, 2016

Sabtu lepas, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Akim dan Stacy di di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, Johor. Ini merupakan majlis resepsi kedua sebelah pihak lelaki. Majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.
 photo 12724842_962499163840113_515263431_n.jpg

Antara rakan artis yang hadir ke majlis ini ialah Tomok, Black, Amy Search, Datin Alyah, Dafi, Ika Nabila, Lufya, Anita Baharom, Atu Zero dan ahli kumpulan Akim & The Majistret. Tetamu kehormat yang hadir pula adalah Ketua Polis Johor, Datuk Wan Najmuddin Mohd.

Stacy dan Akim mengenakan busana songket warna gangsa rekaan Raffiey Nasir.

Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, Ikram Ismail Photographer.

"My worst enemy is my own lack of conviction."Let's watch Randai Musical: "Cindua Mato" at Panggung Sari, Istana…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 February 2016

 
Written by AbangNara | August 13th, 2009

stacy

Lama tak dengar cerita si Stacy nie. Yang last tengok Stacy kat TV pun rasanya masa abang dia si Chaq tue masuk Mentor. Pastue dah tak perasan dia keluar TV lagi dah. Maybe ada yang kami terlepas kot.

Kami suka ngan Stacy nie sebab dia memang berbakat. Kalau nak tengok rupa memang lagi ramai artis-artis yang lagi cun dari dia. Tapi dia still boleh popular sebab memang dia hebat menyanyi, menari dan buat persembahan. Kadang-kadang tue kagum gak tengok Stacy menari ligat sambil menyanyi. Dalam hati kami pikir tak reti pancit ke Stacy nie.

Lagi gambar terbaru Stacy semasa sambutan majlis jadi boleh dilihat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 19th, 2009

gambar terbaru stacy

Gagap. Itu single kedua Stacy. Tapi Stacy tak gagap. Dia cakap lancar, tak tersekat-sekat. Tengok time show Stacy, habis gegar satu pentas dengan aksi menari dia.

Kami minat Stacy sebab dia tak hipokrit, pakai baju sempoi dan nampak mesra. Masa ambik gambar pun posing rileks-rileks ajer.

Layan lagi gambar terbaru Stacy semasa pelancaran single kedua dia, Gagap.

 
Written by AbangNara | March 12th, 2009

stacy dan nubhan

Dua-dua artis(Nubhan dan Stacy) tengah darah panas, muda dan dua-dua sedang mencipta nama. Sama cantik, sama padan dan sama saiz.Memang elok sangat kalau gosip bercinta Nubhan dan Stacy ini sebenarnya kenyataan.

Kalau memang betul Nubhan dan Stacy bercinta, tahniah kami ucapkan. Kalau tak betul, apa salahnya jadi kawan dulu. Lama-lama nanti bolehlah take a step further in relationship(ceh, speaking omputih plak)

Ke ada peminat yang tak suka kalau Nubhan dan Stacy bercinta? Ada nak kenen-kenenkan diorang dua dengan orang lain ker?

Kalau nak tengok gambar Nubhan dan Stacy bersama, sila baca artikel ini sepenuhnya ya.

 
Page 1 of 212