Written by AbangNara | June 10th, 2009

shukeri hashim

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pelakon Shukery Hashim. Beliau telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi akibat penyakit barah pankreas.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM. Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Written by AbangNara | April 28th, 2009

shabery hashim

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Shukery Hashim dan keluarga. Terkejut kami mendengar apabila Shukery disahkan telah menghidap barah pankreas peringkat ke 4. Rasanya peringkat tue dah agak teruk jugak.

Harap tabah, cekal dan bersemangat waja menempuh dugaan. Semuanya ada hikmah. Fight it Shukery. We know you can do it.