April 19th, 2018

Zaihani Mohd Zain, stailista dan pengkritik fesyen teruk dikecam kerana status Facebook menghina orang gemuk. Zaihani bagaimanapun mendakwa statusnya disalah faham oleh Netizen. Katanya, status itu merujuk kepada seorang lelaki yang duduk terkangkang hingga mengambil ruangnya dan menyebabkannya kurang selesa. Zaihani turut memohon maaf di atas status itu.

Bagaimanapun, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan telah membidas Zaihani di Instagram kerana menghasut orang lain untuk tidak memberikan baju sekiranya ingin dipinjam oleh pengurus Che Ta.

Che Ta menulis:

Dia menulis begitu untuk kenyataan Zaihani yang berikut:

Penulis sangkakan setelah meminta maaf Zaihani tidak akan menulis di platform media sosial umum secara semberono, tetapi mungkin juga dia belum belajar dari kesilapannya.

Kebanyakan pengikut Che Ta menyokong tindakannya menulis kapsyen berani mati untuk membidas Zaihani.

Orang kata, zaman Internet sekarang kerana jari badan binasa. Sudah macam-macam cerita buruk didedahkan mengenai Zaihani kini keluar pula yang baru. Semoga bertabah. – beautifulnara.com

March 15th, 2018

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, 45, membidas sesetengah wanita yang menghancurkan kebahagiaan wanita lain dengan menjadi perampas suami orang.

Kepada Harian Metro, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta berkata:

Saya bukannya menolak poligami tetapi kenapa kita tidak berhati-hati untuk mencari pasangan hidup dengan memilih lelaki yang masih bujang?

Bagi saya, orang yang menghancurkan hati wanita lain adalah golongan wanita juga.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Che Ta meminta golongan wanita yang suami mereka dirampas agar tidak bersedih atau merasa dunia sudah gelap:

Golongan wanita yang suaminya dirampas, jangan bersedih dan teruskan kehidupan dan jangan rasa dunia gelap.

Contohnya, saya sendiri pernah bercerai dan 10 tahun duduk di rumah dan tidak bekerja.

Saya reda dengan ujian Allah SWT dan kini digantikan yang lebih baik.

Che Ta berseloroh akan mengoyakkan mulut wanita yang cuba merampas suaminya:

Kalau berani cubalah tetapi setakat ini rumah tangga kami bahagia.

Sebelum ini, beberapa kali juga Che Ta pernah memuat naik status di Instagram berunsur sinis terhadap golongan perampas. So, siapa yang ada niat nak caras Zain Saidin dari Che Ta, jangan cuba-cuba, ya? – beautifulnara.com



December 12th, 2017

Pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan dan suaminya pelakon Zain Saidin telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat semalam dan telah mengadakan sesi fotografi khas bersempena ulangtahun tersebut.

Rozita atau mesra dipanggil Che Ta telah menulis kapsyen:

Happy Anniversary sayang?? @therealzainsaidin … Untung i dapat suami elok .. tak jemu mata memandang .. ahakkk ? .. #happyanniversary #11/12/13 #11/12/17 #zsrcw . ? @blackpepperproduction

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Che Ta dan Zain telah melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan si comel Aaisyah Dhia Rana.

Tahniah diucapkan kepada Che Ta dan hubby semoga berkekalan hingga ke Jannah. – beautifulnara.com

Kredit gambar: Black Pepper Production

November 3rd, 2017

Anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana mempunyai pengikut tersendiri kerana kecomelan dan kepetahannya berkata-kata walaupun baru berusia tiga tahun. Pada usia semuda ini juga Aaisyah ialah seorang aktres dan model. 

Pada 1 November lepas, Aaisyah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ketiga di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Ianya disambut serba mewah dan dihadiri saudara mara serta rakan terdekat Rozita dan Zain.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sempena ulangtahun kelahiran Aaisyah juga beberapa orang selebriti telah memberi ucap selamat dalam bentuk rakaman video, antaranya Janna Nick, Alvin Chong, Wany Hasrita, Ayda Jebat, Marsha Milan, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Hisham Hamid dan Sherry Ibrahim.

Hai untung betul Aaisyah, malah Uncle Zul Ariffin pun datang buat kejutan raikan sambutan ulang tahunnya beberapa hari sebelum ini. Selamat hari lahir diucapkan buat Aaisyah.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan