August 5th, 2013

Pagi ini, rangkaian berita radio Malaysia telah melaporkan yang Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak dapat dipastikan mengapa Aidil membuat keputusan drastik tersebut, namun ramai juga yang membantah tindakan Aidil, apatah lagi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya.

Spekulasi di Internet tersebar luas yang ia ada kaitan dengan hubungan Aidil dengan seorang wanita yang juga dikatakan teman wanitanya, Zarema Zainal. Sebelum ini, lebih dari setahun lepas iaitu sekitar Mei 2012, Aidil pernah memfailkan permohonan cerai namun Rita tidak bersetuju.

Pada masa itu, Rita yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.

Ini kerana tiada sebarang perbincangan­ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu.

Aidil sebelum ini didedahkan oleh Rita mejalin hubungan dengan adik perempuan kepada kawan rapat bekas suaminya itu, yang dinafikan oleh Aidil.

Diharap Rita dapat bersabar dengan dugaan ini kerana apa pun, hidup perlu diteruskan demi anak-anak.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi berkenaan perceraian ini dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

November 8th, 2012

Akibat kesilapan pada alamat pemastautin dalam permohonan Aidil Zafuan untuk isterinya, Rita Rudaini kembali taat (nusyuz), Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah membuat keputusan menerima permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut.

mStar Online juga melaporkan, Aidil Zafuan juga diperintahkan untuk membayar semua kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat, selepas mengambil kira kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan.

Aidil bagaimanapun dikatakan tidak hadir di mahkamah ketika keputusan diumumkan kerana berada di Bangkok, Thailand untuk mewakili negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand.

Untuk makluman anda pada perlawanan itu pasukan Aidil (Malaysia) tewas 2-0 kepada Thailand dan menyaksikan Aidil dibuang padang kerana menerima dua kad kuning hasil mengasari pemain lawan.

October 8th, 2012

Kebelakangan ini, muncul desas desus mengenai Jue Aziz menjalinkan hubungan cinta dengan Aidil Zafuan, pemain bola sepak terkenal. Kalau Aidil masih single, mungkin ramai yang merestuinya, tetapi atlet kacak ini masih bergelar suami kepada pelakon Rita Rudaini dan mempunyai dua anak dengan pelakon itu.

Aidil masih belum memberikan sebarang kenyataan berkenaan desas desus ini, tetapi Jue Aziz telah menafikannya. Menurut khabar angin, pelakon ini pernah dilihat menaiki kereta bersama Aidil dan Aidil juga dikatakan telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada Jue Aziz untuk memujuknya di sebuah pusat membeli belah terkemuka.

Laporan Sinar Harian hari ini memberitahu yang Aidil Zafuan telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita sekali lagi dan ini juga disahkan oleh Rita.

Rita bagaimanapun mengelak dari memberikan sebarang komen. Perkembangan terbaru ini seolah-olah mengiyakan desas desus percintaan dengan Jue Aziz, namun hanya mereka yang terbabit dan Tuhan mengetahui kebenarannya.

Diharap pihak terbabit dapat bersabar supaya isu ini dapat diselesaikan dengan aman. Mungkin juga bagi yang terlibat, ini ialah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka.  Kita sebagai orang luar hanya boleh memerhati (dan memberikan komen. LOL).

jubah

P.S: Atas permintaan ramai (memang sudah ramai yang membeli), Gudang.My membawakan anda jubah muslimah dengan corak yang terkini untuk anda. Hanya dengan RM79, anda pasti akan kelihatan lebih ayu dan sedap mata memandang pada Hari Raya Haji kelak. Klik di sini untuk membuat pilihan dan membelinya sekarang!!!

April 14th, 2012

Selama ini Aidil Zafuan tidak banyak memberikan kenyataan tentang perkahwinannya yang dikatakan bermasalah dengan dengan Rita Rudaini. Bagaimanapun, dia telah dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata:-

Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya. Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.

Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu.

Dia yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia turut memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Namun, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan Rita yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.

Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka.

Dalam satu laporan berbeza oleh Media Hiburan, dalam nada suara yang bergetar, Aidil turut berkata akan menyerahkan hak penjagaan anak-anak pada Rita kerana anak lebih rapat dengan ibu mereka:-

Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.

***