Written by serenity | October 5th, 2015

Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abdul Razak, 28, telah diperintahkan membayar RM 30,000 kepada pelakon itu sebagai mutaah, iaitu 10% dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.

Lapor Sinar Harian, Mawardi berkata dalam penghakimannya, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan dan keadaan serta keperluan Rita.

Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.

Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula.

Begitulah keputusan mahkamah terhadap siri tuntutan nafkah mutaah Rita Rudaini, 39, terhadap bekas suaminya. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Jom saksikan Bangsawan 'Anak Raja Anak Papa' pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015

Written by serenity | September 18th, 2015

Rita Rudaini ialah antara selebriti yang menghadapi masalah rumahtangga sebelum ini. Kini Rita agak senyap mengenai perkara itu dan lebih banyak mengemas kini perkembangan harian anak-anaknya di akaun Instagram miliknya.

 photo ritrud1.jpg

Gambar: mStar Online

Apa yang menarik, melalui mStar Online, Rita memberitahu sehubungan dengan masalah yang pernah dihadapi terdapat beberapa wanita yang meminta Rita memberi alamat e-mel kerana mereka mahu mengadu masalah rumahtangga mereka kepadanya.

Kebanyakan wanita selalu tanya boleh tak minta alamat e-mel untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana dugaan yang mereka lalui itu lebih kurang macam saya.

Ada juga yang bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat mengenai masalah perkahwinan yang timbul itu?

Serba salah jadinya tetapi saya mengambil langkah untuk tidak membalas mesej dan komen mereka. Takut tersalah bagi nasihat pula.

Bukan mudah untuk memberi nasihat kepada orang lain berkenaan masalah rumahtangga. Kalau sesuatu yang buruk terjadi nanti yang memberi nasihat pula dipersalahkan. Tindakan Rita tidak membalas komen mereka dan memberi alamat e-melnya itu ialah satu langkah bijak.

Bagi saya, apa yang dah lepas, biarlah ia berlalu. Tetapi saya rajin juga kongsi aktiviti harian saya. Malah, jika berdepan dengan sesuatu masalah pada hari berkenaan, saya akan berkongsi dengan peminat. Ia sekadar perkongsian yang mungkin boleh menjadi pengajaran dan teladan buat yang membacanya.

 

 photo 11375177_899676543436779_345517102_n.jpg

Gambar: Instagram Rita Rudaini

Sekiranya wanita di luar sana memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah rumahtangga mereka, ada baiknya cuba menghubungi kaunselor bertauliah kerana mereka ini lebih berpengalaman dan mempunyai kelayakan dalam menyelesaikan serta memberi nasihat berhubung masalah rumahtangga.

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat ini melalui Unit Kaunseling Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sila hubungi info(at)kpwkm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Satu penghormatan buat Irama Budaya kita. Diiringi 60 org pemuzik Orkestra Kuala Lumpur, di pentaskan di salah satu…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 12 September 2015

Written by Bella | February 10th, 2015

Rita Rudaini boleh dikategorikan sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal apabila membesarkan dua orang anak lelaki tanpa bantuan sesiapa dan sering dihimpit kontroversi pada masa yang sama.

Jika membicarakan soal Rita memperjuangkan hak anak-anaknya iaitu nafkah dari Aidil Zafuan ia pasti akan menerima pelbagai respon daripada masyarakat.

Ingin mencuba yang terbaik dalam memenuhi permintaan anak-anak dan membuat mereka merasa bahagia, Rita seringkali akan membawa mereka bercuti ke luar negara.

Setiap tahun, kami akan bercuti di luar negara ketika musim cuti persekolahan. Selalunya, saya akan tanya anak-anak di mana lokasi pilihan mereka.

Tahun ini, mereka memberitahu, teringin nak main salji. Jadi, saya kena kerja lebih kuat lagi untuk membawa mereka ke sana.

Walaubagaimanapun, ramai yang mengkritik Rita sengaja menuntut jumlah nafkah yang berlebihan daripada bekas suaminya termasuk perbelanjaan untuk percutian anak-anak yang bukan menjadi keperluan asas mereka. Dakwaan tersebut meliar apabila mahkamah memutuskan yang Rita dan anak anak bakal menerima RM3,000 sebulan dari bekas suami, Aidil Zafuan.

Rita juga bakal memfailkan permohonan untuk perubahan nafkah anak dalam masa terdekat sejajar dengan keperluan termasuk perbelanjaan tahunan dan pendidikan serta percutian sehingga menimbulkan reaksi negatif di kalangan pengikut media sosial

Perbelanjaan percutian itu bermaksud, kalau saya bawa anak-anak keluar pergi pusat membeli-belah atau mana-mana lokasi di dalam negara, itu sudah dikira percutian. Tidak semestinya luar negara seperti Paris, London dan New York.

Takkan saya nak kurung anak dalam rumah macam anak ayam. Lagipun, saya bawa anak-anak ke luar negara sekalipun, pakai duit sendiri. Begitu juga dengan perbelanjaan pendidikan, untuk proses pendaftaran persekolahan sahaja mencecah hampir RM3,000.

Pada pendapat Bella, bukan mudah untuk menguruskan anak-anak pada zaman sekarang apatah lagi jika kita membesarkan mereka tanpa bantuan apatah lagi dengan dua orang anak lelaki tanpa bantuan sesiapa. Tidak salah untuk Aidil Zafuan memberikan nafkah yang berpatutan untuk perbelanjaan anak-anaknya.

Sumber Berita: Sinar Harian

Written by serenity | August 5th, 2013

Siapa tidak kenal dengan wartawan Zubir Berita Harian (BH). Hampir saban minggu ada saja cerita sensasi dari kolum Zubir yang disiarkan di sisipan Bi-Pop menjadi bahan perbualan orang ramai.

Semalam, melalui ruangan kolumnya, Zubir telah menyiarkan komen-komen Rita Rudaini mengenai hubungan Aidil Zafuan dengan wanita yang didakwa sebagai kekasihnya iaitu Zarema Zainal. Menurut laman RotiKaya, Rita dilaporkan sebagai berkata:-

Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.

Ada kemungkinan komen-komen ini yang menyebabkan berlakunya ‘perang SMS’ antara Aidil dan Rita, sehingga akhirnya tertulis ungkapan cerai oleh Aidil melalui SMS. Malah, di Instagram milik Zubir BH, wartawan itu dikatakan mengeluarkan teks mendakwa Aidil cerai menggunakan SMS kerana gosip mengenai Aidil dan Zarema yang tersiar di Bi-Pop semalam.

Menurut Zubir, ia turut disahkan Rita setengah jam sebelum teks tersebut dimuat naik. Ada kemungkinan Aidil hilang sabar berikutan komen tersebut? Apa pendapat anda?