Written by serenity | October 24th, 2018

Pelakon Rita Rudaini membesarkan dua orang anak lelakinya sendiri setelah berpisah dengan bekas suami, pemain bolasepak Aidil Zafuan Abdul Razak.

Anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 sudah menunjukkan minat dan bakat dalam sukan bola sepak yang diceburi oleh Aidil walaupun mereka tidak tinggal bersama.

Bagaimanapun, Rita nampaknya tidak gemar apabila kecenderungan Rayyan dan Qaqa dalam sukan bola sepak dikaitkan dengan Aidil sedangkan Rita yang mendidik dan membesarkan mereka.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 17th, 2017

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini ada membuka sebuah restoran yang dinamakan Rumeh Kueh yang terletak di Sunway Giza,  Kota Damansara. Restoran itu menghidangkan makanan seperti nasi, lauk pauk dan kuih tradisional.

Gambar: Berita Harian Sg

Namun begitu, ia hanya beroperasi selama setahun sebelum ditutup sejak Ramadan lepas. Kepada Harian Metro, Rita mendakwa ia bukan ditutup kerana tidak laku, sebaliknya kerana komitmen terhadap kerja lain dan lakonan.

Ia terpaksa ditutup kerana saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap restoran itu. Ini kerana komitmen kerja dan jadual lakonan saya amat padat.

Bagi saya, apabila membuka perniagaan restoran saya perlu berada di sana atau wakil ahli keluarga perlu memantaunya. Kalau harapkan orang luar untuk menjaga restoran itu agak susah.

Rita bagaimanapun mengakui banyak masalah yang timbul sepanjang restoran itu dibuka dan dia juga tidak percaya jika orang luar mengendalikannya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | November 7th, 2015

Aidil Zafuan dalam kenyataan beliau sebelum ini memberitahu akan membayar tuntutan mutaah sebanyak RM 30,000 kepada bekas isterinya Rita Rudaini sekaligus. Namun, beliau kini sedang menunggu surat perintah mahkamah  untuk membuat bayaran tersebut.

Susulan itu, Rita menerusi portal mStar berkata Aidil tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk melangsaikan bayaran berkenaan.

Rasanya dia (Aidil) perlu mendapatkan nasihat daripada peguamnya. Jika mengikut prosiding mahkamah, sekiranya dia hadir pada prosiding berkenaan, maka mahkamah tidak perlu mengeluarkan surat bertulis kepadanya.

Jadi, dia tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan bayaran mutaah berkenaan.

Berbicara mengenai luahan Aidil di Instagram yang mempersoalkan Rita berjuang demi maruah ataupun duit, aktres itu berkata apa yang beliau lakukan selama ini hanya kerana anak-anak.

Malah, beliau juga redha jika Aidil tidak mahu membayar tuntutan tersebut.

Dia marah dan persoalkan adakah saya mahukan duit atau maruah. Kenyataan yang keluar di media pun berdasarkan pertanyaan daripada pihak media. Macam inilah, kalau dia nak bagi (bayaran mutaah), saya terima. Kalau tak nak pun tak apa. Itu urusan dia dengan Allah.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berkahwin secara senyap di Thailand. Selepas menghadapi beberapa kontroversi mengenai perkahwinan mereka, pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber Berita: mStar Online

Written by serenity | November 6th, 2015

Kapten pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, memberitahu mStar Online bahawa dia akan membayar tuntutan muta’ah atau saguhati perceraian bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sekaligus, dan enggan berhutang apa-apa dengan wanita itu.

Aidil diperintahkan untuk membayar sebanyak RM 30,000 dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000 melalui keputusan mahkamah pada 6 Oktober. Bagaimanapun, dia mengakui masih belum membayar kerana masih belum menerima surat perintah dari mahkamah.

Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah.

Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia.

Cuma pihak saya belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu.

Aidil juga memberitahu dia sentiasa membayar nafkah anaknya dan menjalankan tangungjawab sebagai bapa untuk anak-anak itu:-

Harap-harap tiada isu lain timbul. Setakat ini saya membayar nafkah anak-anak macam biasa.

Ketika ditanya sama ada dia dapat bertemu dengan dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, Aidil berkata:-

Tidak. Walau apa pun dia (Rita) cuba buat, anak-anak tetap ber’bin’kan Aidil Zafuan.

Kalau betullah cara saya ini, satu hari nanti anak-anak akan tahu sendiri perkara yang sebenar.

 photo 215647vw8iay0j8lai0i11.png.thumb.jpg.pngTidak dapat dipastikan apa masalah sebenar, tetapi melalui beberapa kenyataan sebelum ini, Aidil memberitahu dia mengalami masalah untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Di Instagram miliknya juga, Aidil beberapa kali memuat naik mengenai kerinduan terhadap mereka.

Semoga terdapat jalan penyelesaian buat masalah ini, jika tidak dalam masa terdekat, mungkin di masa akan datang.

Jom ramai-ramai kita Saksikan Pentas Inspitari 2015 pada 7 – 8 November 2015 bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 2 November 2015