Written by serenity | May 30th, 2013

Rata-rata peminat filem tempatan telah memberikan maklumbalas yang baik terhadap filem KIL, yang bakal ditayangkan di pawagam hari ini setelah menontonnya di majlis malam gala filem tersebut.

Hari ini filem ini akan memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia. Menurut pengarah filem ini, Nik Amir Mustapha, filem ini berkisar mengenai seorang pemuda yang mempunyai kecederungan untuk membunuh diri namun menemui sebab untuk terus hidup iaitu cinta.

Premis filem ini saja sudah menjanjikan yang ia bukan seperti filem tempatan yang lain yang biasa dihidangkan kepada anda.

Diterajui oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne, filem ini turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat dan Dira Abu Zahar. Nik Amir turut memberitahu dia meminati pengarah Park Chan-Wook, Bong Joon-Ho, Christopher Nolan dan Dain Said.

Untuk info, filem ini menunggu dua tahun untuk ditayangkan di pawagam atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jika anda berkesempatan, sila ke pawagam untuk menonton sendiri filem ini. Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info NST Online dan kredit gambar Facebook KIL.


 
Written by serenity | December 7th, 2012

Dua orang pelakon iaitu Redza Minhat dan Pekin Ibrahim telah dipilih oleh majalah bahasa Inggeris, August Man Malaysia untuk menerima anugerah “Men of the Year 2012”. Majalah ini telah mengiktiraf kejayaan dua pelakon ini dalam bidang masing-masing, iaitu Redza dalam bidang teater dan Pekin dalam bidang filem.

Kami kira anugerah-anugerah ini diberikan kepada mereka kerana Redza aktif dalam memartabatkan teater dengan penglibatan secara langsung dalam pementasan dan lakonan teater dan siapa boleh lupakan watak antagonis yang dilakonkan oleh Pekin dalam filem Bunohan?

Senarai penuh penerima anugerah tersebut ialah:-

Joe Chia (Stail)
Pekin Ibrahim (Filem)
Jason Pomeroy (Intelek)
DJ Goldfish (Muzik)
LoQue (Budaya)
Redza Minhat (Teater)
Sherman Ong (Seni)
Quek Shio Chuan (TV)
Azlan Iskandar (Sukan)
Jeremy Little (Perintis)

Video ini pula telah digunakan untuk pelancaran majlis Men of the Year 2012 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 November lepas. Kredit gambar Facebook August Man Malaysia.

AUGUST MAN Malaysia // Men Of The Year 2012 : BTS Feature (2012) from Nigel Sia on Vimeo.

Written by serenity | August 7th, 2012

Tahun demi tahun, Petronas seringkali tampil dengan iklan raya yang kreatif dan menarik, namun yang paling ketara ialah mesej yang disampaikan melaluinya. Untuk tahun ini, filem pendek raya Petronas menampilkan pelakon Redza Minhat.

Filem pendek ini mengisahkan Erman, seorang jurutera Petronas yang ditempatkan di Asia Tengah, cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari kampung halaman, apabila jalan hidupnya menemukan dia dengan seorang kanak-kanak lelaki tempatan, Jeyhun.

Erman dan Jeyhun mulanya tidak mengenali antara satu sama lain, setiap langkah membawa mereka lebih dekat untuk mengenali potensi diri mereka yang sebenar, dan membawa perubahan pada orang di sekeliling mereka. Ianya cerita mengenai perjalanan seorang lelaki untuk mengenali dirinya sendiri dan eksplorasi makna sebenar kehidupan.

Filem pendek raya Petronas yang lepas banyak berkisar kepada cerita-cerita di Malaysia, tetapi kali ini ia memfokuskan kepada cerita yang lebih besar–peranan yang dimainkan oleh Petronas di negara-negara tempat ia beroperasi. Mari saksikan filem pendek ini. Kredit gambar via.me Redza Minhat.

 


Written by serenity | March 20th, 2012

Sebelum ini pelakon yang juga seorang banker, Redza Minhat mengatakan akan mengongsikan gambar bayi lelakinya yang lahir pada 7 Mac lepas. Entri berkenaan boleh dibaca di sini.
Inilah gambar baby Ali yang khabarnya kuat minum susu seperti yang dikongsikan oleh Redza di Twitternya. Comel kan?

***

Turut memeriahkan di samping Bazar Seni Industri Budaya ialah Siri Semarak Bangsawan 2012  di Panggung Bandaraya pada 23, 24 dan 25 Mac ini, mulai pukul 8.30 malam. Sebuah pementasan oleh JKKN, teater bangsawan ini diarahkan oleh Encik Zaifri Husin, berjudul ‘Chelorong Cheloreng’. Bergenre komedi, skrip untuk teater ini turut diolah oleh beliau. Tiket hanya berharga RM 5 dan boleh ditempah melalui talian 03-2052 3600.

 

Untuk keterangan lanjut, like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya!