July 3rd, 2020

Memulakan perniagaan kafe sekitar Mei 2015, pelakon jelita Elfira Loy zahir rasa sedih apabila terpaksa menghentikan operasi perniagaannya yang diberi nama “Love Me Seven Days”.

elfira loy tutup cafe

Ujar Elfira, tindakannya membuat keputusan tersebut adalah kerana sukar untuk memberi komitmen terhadap perniagaan itu.

Berita itu dikongsikan sendiri kepada umum oleh Elfira menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

Let me do a lil throwback since the day i go the key for @lovemesevendayscafe untill the last day of lovemesevendays cafe. i was keeping this news for quite awhile because i wasn't sure whether to continue or not. Not because of pandemic ke apa tapi because of priorities. I cant do 10jobs at one time and just let go the responsibility to other people. So this is the best decision Today , we've already started pack everything , buang semua barang kemas kemas ada yang jual jugak. Sedih But i guess this is for the best. El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe el , support el & sentiasa bagi kata semangat kepadal el . El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada disini kami mengguris hati anda. I hope this is not the end . Jika ada rezeki nak bukak lagi 🤗 MAY 2015 – JULY 2020 .

A post shared by @ elfiraloy on

“Bukan sebab pandemik ke apa tapi kerana keutamaan saya. Saya tidak boleh lalukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain. Jadi ini adalah keputusan yang terbaik.”

Biarpun telah mengusahakan kafe tersebut selama 5 tahun, Elfira juga dilihat sempat mengucapkan terima kasih buat para pelanggan yang pernah bertandang dan menjamu selera di kafe miliknya. Malah tetap memohon maaf andai pernah mengguris hati mana-mana pihak sepanjang beroperasi.

elfira loy tutup cafe

“Sedih tapi saya rasa ini yang terbaik. El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe El , support El dan sentiasa bagi kata semangat kepadal El.”

Bagaimanapun, Elfira juga menyatakan andai dimurahkan rezeki, beliau pasti ingin membuka kembali kafe tersebut. Hal ini kerana, beliau amat berharap ia bukanlah suatu pengakhiran untuk dirinya berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan.

Untuk rekod, Love Me Seven Days Cafe telah memulakan operasi pada Mei 2015 hingga Julai 2020.

Advertisement
July 3rd, 2020

Menggunakan resipi daripada personaliti memasak tular, Khairul Aming, Wany Hasrita  menunjukkan aksi membuat biskut namun gelagatnya yang tersilap mengikut resipi ternyata mencuit hati penonton.

Wany yang mempamerkan aksi amatur membuat biskut di laman instagramnnya itu telah menarik perhatian netizen.

View this post on Instagram

NENGOK LA WANY BUAT APA DGN GULA TU! ? . Kalau nk tau wany buat apa CLICK LINK ON BIO & JANGAN LUPA SUBSCRIBE??

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

 Video yang memaparkan Wany yang tersilap menapis gula kasar itu yang sebenarnya tidak perlu diayak menurut resipi sebenar. Dia yang cuba meniru resipi biskut coklat cip hasil daripada Khairul Aming itu menerima banyak komen daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

Penyanyi lagu Menahan Rindu ini juga memiliki saluran Youtube miliknya sendiri telah memiliki hampir 90,000 orang pengikut dan video memasak itu telah ditonton sebanyak 75,000 tontonan.

Advertisement
July 3rd, 2020

Meskipun baru berusia 12 tahun, pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek kini merupakan selebriti pertama yang menduduki carta 10 teratas pang banyak dilanggan di YouTube Malaysia yang kini difahamkan mencecah lebih tiga juta langganan.

alyssa dezek beli vellfire

Menurut Alyssa, beliau seakan tidak sangka tindakannya memuat naik video lagu “cover” di saluran YouTube sejak berusia empat tahun itu membolehkannya berjaya membeli kereta idaman iaitu Toyota Vellfire.

“Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga.”

alyssa dezek beli vellfire

Pembelian kereta mewah yang dianggar lebih rm250,000 itu diharap mampu memberi insprasi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Tambahnya lagi, dirinya langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk malah turut berterima kasih kepada ibunya, Suzannae Desek kerana mencadangkan video nyanyiannya dimuat naik di YouTube sejak lapan tahun lalu dimana pada awalnya hanya mahu disimpan untuk kenangan.

alyssa dezek beli vellfire

“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan.”

Untuk rekod, single terbaru Alyssa yang berjudul Lagu Untuk Kamu kini dikhabarkan sudah berjaya mendapat 56 juta tontonan malah dedahnya lagi terdapat beberapa lagi video yang dimuat naik meraih tontonan yang ramai daripada penonton setia salurannya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
July 3rd, 2020

Penyampai radio dan juga pelakon, Sharifah Shahirah ataupun lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy baru-baru ini mendedahkan sisi lain ibu saudaranya, aktress Sherry Alhadad.

Kredit foto : Astro Gempak

Jarang sekali kita melihat Sherry tampil atau muncul dalam keadaan sedih di kaca televisyen namun Shiera mengakui dirinya kagum dengan ketabahan saudaranya itu.

Menurut Shiera, ramai yang melihat Sherry sebagai seorang yang tenang dan ‘happy-go-lucky’ kerana sering menghiburkan penonton dan orang ramai.

View this post on Instagram

8 Syawal : MEGA RAYA RIA Outfit by Sherry Alhadad x @mekkembangcotton

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Namun di sebalik sikap positif yang ditunjukkan Sherry, sebenarnya dia menyimpan seribu satu kisah suka duka yang tersimpan rapi dalam dirinya.

“Bapa dia meninggal semasa dia berusia 9 tahun. Tapi ibunya tak pernah langsung menghubungi kami atau saudara-mara untuk minta bantuan.Tetapi bagi Sherry… Ya Allah saya tidak perasan sebelum ini situasinya bagaimana kerana terlalu sibuk dengan kerja,”

View this post on Instagram
Hi Kawan-kawan semuaaaa!…Biasa lahhh tengah PKPB ni nak bergerak sangat pon tak boleh kan. Korang pon mesti rindu Bazaar Ramadan, Moreh, Terawih dekat Masjid ramai-ramai kan. Kalau ada semua tu senang nak cari bubur lambuk, tahun ni susah sikit lahh nak dapat sebab kita still kena jaga social distance dengan semua orang supaya virus covid19 ni dibendung. Hari ini saya nak menunjukkan cara cara memasak “Bubur Lambuk dengan Ayam KFC”. Macam biasa awak semua boleh order mix bucket dengan delivery atau self collect melalui laman web dan aplikasi KFC. Dengan pembelian mix bucket ni, RM1 akan di dermkan untuk bersama-sama melawan virus covid19. Sambil makan sambil beramal kan. *Bahan- Bahan:* – 2 ketul Ayam KFC Hot & Spicy – 4 biji bawang merah – 3 ulas bawang putih – 1 inci halia – 1 kotak santan – 2 batang serai – 1 lobak merah – beras – lada hitam & garam *Cara-Cara Memasak*: 1. Hiris halus bawang merah, bawang putih dan halia 2. Masuk bahan yang dihiris bersama serai yang sudah diketuk di dalam periuk yang berisis beras yang telah dibasuh 3. Masukkan air secukupnya dan kacau sehingga sebati. (Air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga beras betul-betul kembang) 4. Masak sehingga separa kembang 5. Masukkan lombak merah yang telah dipotong dadu. 6. Masukkan isi ayam goreng Hot & Spicy KFC yang telah dipotong ke dalam bubur tanpa tulang. 7. Masukkan santan 1 kotak 8. Biar selama 5 mint ke 7 mint 9. Hidangkan bersama campuran daun sup bersama daun bawang dan kulit ayam goreng hot &spicy KFC yang telah dipotong halus. 10. Siap untuk dihidangkan Senang jekan masakan saya hari ni , awak yang dekat rumah tu boleh lahh cuba nanti ya. Lepas tu kongsi lah kalau ada idea baru boleh saya cuba juga, jangan lupa letak #KepciKitchen Jangan lupa saksikan “Dari Dapur Saya ke Dapur Anda” Setiap Rabu pada jam 6 petang, di TV3 #KepciKitchen #StayHome #DudukRumah #KFCKanAda

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

 Tambah Shiera lagi, kini dia bersyukur kerana Sherry semakin menyinar dalam dunia seni.

“Kini baru saya perasan Tuhan tolong dia, cantik perjalanannya. Ibu dia tak minta bantuan untuk besarkan anak-anak. Orang hentam-hentam tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang perlu ditempuhi seseorang dalam kehidupan mereka,”

Shiera dan Sherry yang ditemui dalam sebuah program temubual Rumah 107 yang dihoskan oleh Khir Rahman di saluran TV Astro Warna dan Astro Go.

Sumber : Astro Gempak

Advertisement