October 28th, 2020

Penyanyi Ameer Sofazr memaklumkan bahawa isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah selamat melahirkan bayi pertama mereka pada hari Selasa lalu.

Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin,34, memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu vokalis kumpulan Sofazr itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan buat isteri dan anaknya.

Bayi perempuan seberat 3.1 Kg itu telah dilahirkan pada jam 7.40 pagi tanggal 27 Oktober 2020 dan kini sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Menggunakan tanda pagar #penantian5tahun, Ameer meluahkan rasa syukur dengan rezeki zuriat yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga. Namun, nama dan wajah anak sulung pasangan ini masih dirahsiakan untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

#cuticutimalaysia #kitajagakita #shortvacay2020 #nurmizanfamily #kualakangsarperak

A post shared by amir Mahiyiddin (@ameer_sofazr) on

Sekadar info, Ameer telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta pada Januari tahun 2015 yang lalu.

October 28th, 2020

Juara Hero Remaja edisi 2017/2018 yang kini bergelar pelakon, Alif Muhaimin mendedahkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki.

Alif yang ditemui media mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang wanita yang dikenali ramai menerusi aplikasi TikTok sejak bulan April yang lalu.

View this post on Instagram

Throwback from two years ago. Shouldn’t we feel beyond grateful just by having a roof over our head and foods on the table. #majalahremaja #maskulinmag

A post shared by ALIF MUHAIMIN ?? (@alipblastoff) on

Menurut pelakon Setelah Terlafaznya Akad ini, hubungan yang terjalin bersama wanita tersebut telah menjadi penguat semangat untuk dirinya mencari rezeki dan tidak menolak jika jodohnya sudah tiba meskipun baru berusian 26 tahun.

Menurut Alif dia masih belum bersedia untuk berkongsi secara lebih lagi mengenai wanita yang telah berjaya menawan hatinya itu.

“Apa yang boleh saya katakan, dia bukan pelakon cuma dia sering naik video TikTok dan agak dikenali menerusi platform berkenaan. Kalau ada yang mengikuti saya di media sosial, agaknya mungkin sudah boleh teka. Pernah juga kami buat video bersama.”

 

Ditanyakan apa faktor penarik wanita berkenaan, Alif menjelaskan dia selesa dengan sikapnya yang cukup mementingkan keluarga. Pelakon baru itu juga sempat menyatakan bahawa dia kini serius dalam perhubungan tersebut namun meletakkan segala-galanya di atas ketentuan Illahi.

Sumber : Harian Metro

October 28th, 2020

Mengakui dirinya mengalami masalah kemurungan sejak setahun yang lalu, pengacara Karl Shafek kini kembali ke dunia hiburan setelah hampir setahun menghilang.

Menurut Karl, disebabkan masalah emosi tersebut, dirinya mula bersikap lain daripada biasa apabila mula menyendiri dan tidak keluar bekerja seperti biasa.

Namun tambahnya lagi, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh itu, semua ahli keluarga dan sahabat handai tampil membantunya untuk bangkit semula.

Dia yang berkongsikan perkara itu menerusi ruangan Instagram miliknya baru-baru ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

Dalam pada itu, Karl sempat mendedahkan punca kemurungan yang dialaminya gara-gara perniagaan yang dijalankannya selama ini telah ditipu dan disantau.

View this post on Instagram

Bulan lepas sebenarnya genap setahun saya bertarung dengan masalah kemurungan yang banyak memberikan kesan buruk kepada diri saya. Sejak tahun lepas saya sendiri tak berminat nak bertemu atau berinteraksi dengan sesiapa. Saya juga jadi tak berminat untuk berkerja kerana ruang kerja saya biasanya banyak melibatkan pergaulan, perbincangan yang meletihkan serta memerlukan saya menjadi seorang yang kreatif. Saya lebih selesa menyendiri atau bersama orang yang saya percaya sahaja. Alhamdulillah, saya banyak mengenali siapa yang layak di anggap kawan sejati ketika susah senang dan saya juga bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga dan sahabat yang sentiasa mahukan saya bangkit kembali. You know who you are. Yang masih bersama saya hingga sekarang. Jika sebelum ini banyak perkara yang secara mudahnya akan membuatkan anxiety, stress dan emosi saya bercelaru. Terlalu banyak perkara di luar sedar juga turut terjadi. Saya menjadi terlalu fragile sehinggakan mendapat tahu tentang orang lain membunuh pun selalu mempengaruhi saya. Bukan sekali, tapi sehinggakan berkali-kali saya dikejarkan ke hospital. Sekali lagi saya berterima kasih kepada yang sentiasa berada di samping saya pada waktu tersebut. Punca sebenarnya juga banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau ( saya tak pernah cerita hal ini ) sehingga saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu banyak perancangan perniagaan tak menjadi mungkin antara faktor utamanya. Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengatahui saya tak sihat. Tak apalah. Allah SWT saja yang membalasnya. Setahun menjalani rawatan, saya boleh kata saya semakin okay tetapi masih belum 100% seperti dulu. Kualiti hidup saya juga berubah tapi saya redha. Mungkin ini perancangan Allah SWT untuk saya. Saya cuma follow the flow. Saya doakan sesiapa yang mengalami masalah seperti saya supaya cepat sembuh dan jangan ada rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling. Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga juga, tolonglah cepat berikan pertolongan. Kalau mahu pendapat just DM me anytime. Insyaallah saya cuba bantu. Bukan nak jadi hero, tapi saya tau seksa depresi itu.

A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek) on

“Punca sebenarnya jug banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau (saya tak pernah cerita hal ini) sehingga saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu banyak perancangan perniagaan tidak menjadi mungkin antara faktor utamanya. Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengetahu saya tak sihat, Tak apalah. Allah SWT saya yang mampu membalasnya,”

Setelah setahun menjalani rawatan, Karl menjelaskan keadaannya kini semakin baik namun tidak seperti dulu. Malah, kualiti hidupnya turut berubah namun dirinya reda kerana menganggap itu semua perancangan daripada Yang Maha Esa.

View this post on Instagram

Coming Soon: @maskulinmag OCTOBER 2020. ? @ddddaaauus ? @ayangkamell

A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek) on

Karl turut mendoakan sesiapa yang mengalami masalah sepertinya supaya cepat sembuh dan tidak perlu mempunyai rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling.

“Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga jugam tolonglah cepat berikan pertolongan. Kalau mahu pendapat just DM me anytime. InsyaAllah saya cuba bantu, bukan nak jadi hero,tapi saya tau seksa depresi itu,” – Karl Shafek

October 28th, 2020

Penularan COVID-19 di seluruh dunia telah memaksa pelakon filem aksi, Hairul Azreen untuk menolak dua tawaran berlakon di luar negara selepas kejayaannya dalam file Wira, tahun lalu.

Menurut Hairul, dia telah menerima tawaran berlakon daripada dua individu yang terkenal dalam bidang perfileman untuk berlakon di luar negara.

Menganggap nasib tidak menyebelahi dirinya, Hairul berkata dia tidak ralat atau bersedih kerana berfikiran bahawa belum sampai rezeki untuknya membina nama luar dari Malaysia.

“Saya sudah bertemu dengan seorang pelakon aksi dari Amerika Syarikat, namun hasrat itu terhenti kerana penularan COVID-19. Begitu juga dengan tawaran daripada seorang pengarah di United Kingdom. Saya tak ralat atau sedih, saya anggap belum rezeki untuk mencuba nasib dalam membina nama di luar negara,”

View this post on Instagram

Diving @adrin_macha @adrianteh19 @theebaan_g @afizaris @fozangg , @istsportsmalaysia

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Meskipun sudah lama menyimpan hasrat dan keinginan untuk melebarkan sayap di Hollywood, Hairul berkata bukan mudah untuk seseorang pelakon untuk menempa nama di sana.

Dia dalam pada itu turut berimpian untuk mewakili Malaysia dalam babak pertarungan filem Hollywood. Tambahnya lagi, setiap negara Asia sudah mempunyai wakil pelakon aksi yang berjaya ke pentas antarabangsa jadi dia turut menyimpan hasrat yang sama.

Perkembangan lain, Hairul yang membintangi filem Pasal Kau! untuk saluran berbayar Netflix dilaporkan telah berjaya menduduki tangga teratas carta 10 filem Malaysia di saluran itu sejak ianya ditayangkan pada 1 Oktober lalu.

Sumber : Harian Metro